Viral di media sosial gambar tiga lelaki muda 'menguasai' tempat duduk dalam LRT tanpa memberi tempat duduk kepada penumpang lain, menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Dua gambar yang dimuat naik Syaqildinho di Twitternya itu dengan kapsyen "LRT abah kau punya" telah dikicau semula 11,225 kali sejak dimuat naik pada jam 7.40 petang 1 September lalu.
Ada segelintir netizen mempertikaikan mengapa Syaqildinho tidak menegur tiga lelaki itu terus berbanding menyebarkan gambar-gambar itu di media sosial.
Meurut Syaqildinho, dia hanya mampu merakam gambar kelakuan tiga lelaki terbabit dan mengakui tidak berani menegur mereka kerana bimbang dengan keselamatan dirinya.
"Takut aku yang kena bantai balik. Aku boleh tengok je la sebab diorang ada geng," katanya.
Sementara itu, seorang pengguna Twitter, Ajiimm, membangkitkan persoalan apakah yang akan dilakukan oleh orang awam sekiranya berdepan dengan situasi seperti itu, 52 peratus memilih untuk menularkan gambar kejadian berbanding 48 peratus memilih untuk membuat teguran.
Kalau korang berdepan situasi macam ni lagi,— Ajiimm (@ibnuyaccob) September 2, 2018
Adakah korang akan tularkan sampai ramai tahu betapa teruknya perangai orang Malaysia ni guna harta awam atau,
Tegur supaya dorang beringat harta awam milik bersama, bukan milik dorang je.
Nak tau gak pendapat Malaysia 'baru'. Tq.
Pengangkutan awam adalah milik bersama dan seharusnya sebagai pengguna, janganlah bersikap mementingkan diri sedangkan pengguna yang lain juga membayar untuk menggunakan perkhidmatan awam.
Justeru, netizen menggesa pihak pengurusan pengangkutan tersebut mengambil tindakan dengan mengarahkan pegawainya sesekali masuk ke dalam LRT untuk mendisiplinkan para penumpang agar masalah seperti ini tidak berlaku lagi.
from The Reporter https://ift.tt/2ozNkmc
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment