Bagi Mohd Fhais, dia tidak mahu berkira soal tidur dengan bidadarinya kerana, isterinya bukan suka-suka melelapkan mata terutamanya bila berada di dalam kereta. Menyedari isterinya tertidur di dalam kereta, beliau memandu dengan cermat dan seperlahan yang boleh serta sanggup menahan malu dan maki hamun pemandu lain kerana tidak mahu isterinya terjaga dari tidur.
KENAPA PATUT BIARKAN ISTERI TERTIDUR DALAM KERETA?
Mulanya nampak isteri tertidur, saya akan tersenyum seorang-seorang sebab geli hati. Asal naik kereta mesti tidur, tetapi lama kelamaan jadi kesian. Kesian kerana saya tahu dia sedang kepenatan!
Sebab itu kalau saya nampak isteri tidur, saya tak akan kacau dia, saya akan pandu kereta seperlahan yang boleh supaya dia tak terkejut. Biarlah kereta belakang nak hon ke beam lampu ke, saya tak kisah. Jika itu caranya untuk mengembalikan tenaga isteri, maka itulah yang akan saya buat, walaupun terpaksa tahan malu dan tahan dimaki pemandu lain.
Bukan nak manjakan tapi saya tak mahu berkira tidur dengan isteri. Saya tahu dia bukan suka-suka tidur dalam kereta, bukan tak mahu teman kita memandu. Sebenarnya mata mereka yang tertutup sendiri, bukan suka-suka tutup. Ini kerana dalam kereta adalah waktu yang paling tenang dan relax bagi kaum ibu seperti berada di pulau.
Di rumah sukar untuk mereka berehat kerana setiap kali nak melelapkan mata, teringat kerja rumah. Baru nak terlena, anak pula menangis. Selagi berada di rumah minda mereka stuck dekat mode bekerja.
Hanya di dalam kereta sahaja 'Mind Of State' mereka boleh tukar ke mode berehat. Barulah minda dan badan mereka boleh rehat dan recharge. Sebab itu ada masa isteri akan ajak kita keluar jalan-jalan sebab nak berehat dalam kereta.
Saya seru para suami di luar sana, janganlah kita sindir isteri yang mudah tertidur dalam kereta, biarkan dan sokong mereka tidur kerana itu sahaja masa rehat yang mereka ada. Sampai di rumah nanti mereka dah tiada masa rehat.
Bila terlalu penat minda mereka boleh 'lost' dan melepaskan kepenatan kepada anak-anak, suami dan masakan. Mulalah anak selalu kena tengking, suami kena bebel kerana hal kecil je dan masakan jadi tawar kerana deria rasa dah terganggu.
Apalah sangat lelap 5 minit dalam kereta jika boleh kembalikan tenaga untuk 5 jam.
Tuan tuan, kalau nampak isteri sedang tak keruan dan bad mood sepanjang hari itu adalah tanda mereka sedang kepenatan. Bawalah mereka jalan-jalan naik kereta supaya mereka boleh kembali bertenaga dan masak lebih sedap.
Tahu betapa sukarnya ada minda seorang wanita, lelaki kalau nampak baju bertimbum masih boleh baring lagi tapi isteri sesak mata nampak baju tak lipat tu.
p/s: Isteri pasti tahu apa yang berlaku pada diri tapi selalunya tak pandai nak luahkan pada pasangan, share je post ini agar mereka faham atau tag nama pasangan nanti pandailah mereka baca.
Mari dapatkan lebih banyak tips rumahtangga & rezeki di telegram saya #CoretaFhais. Join di sini t.me/CoretanFhais
from The Reporter https://ift.tt/2oAb0XG
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment