Dalam kejadian yang berlaku di pada Ahad lalu di Bogotara Wildlife Park di Chiang Rai, utara Thailand. tangan mangsa digigit dan enggan dilepaskan oleh haiwan ganas itu selama beberapa saat.
Berdasarkan klip video kejadian yang tersebar di media sosial, mangsa yang memakai pakaian hitam dilihat sedang memasukkan tangan kirinya ke dalam mulut buaya berkenaan.
20 saat kemudian, haiwan itu tidak dapat lagi menahan kemasukan tangan lelaki itu yang terlalu dalam menyebabkannya tersentak lalu menggigit mangsa, mengejutkan para penonton yang hadir.
Mangsa cuba melepaskan tangannya, namun buaya itu enggan membuka mulutnya sebelum dilepaskan.
Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan pendarahan di tangan kiri tetapi tidak serius. Kesan darah mangsa juga kelihatan di lantai.
Menurut Khun Phusawit, 35, yang merakam video kejadian itu berkata, persembahan itu pada awalnya tiada masalah dan segalanya berjalan dengan lancar. Tetapi secara tiba-tiba buaya itu menggigit tangannya.
"Saya tonton semula klip video yang dirakam beberapa kali untuk melihat bagaimana ia boleh berlaku. Dari pemerhatian saya, buaya itu kelihatan tidak menggemari tangan lelaki itu masuk ke dalam mulutnya," katanya.
Sementara itu, pemilik taman berkenaan, Dong Wittawat, berkata, Tao yang berusia 45 tahun berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat.
"Dia masih dirawat. Dia sangat menyukai buaya dan dia akan kembali beraksi selepas diberi cuti selama dua minggu. Kejadian seperti ini amat jarang berlaku," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/2LMfVmd
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment