Foto ihsan netizen |
Seorang wanita yang memandu melawan arus maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya bertembung dengan Proton Persona di KM34 Jalan Johor Baru-Mersing berdekatan Kota Tinggi semalam, lapor Bernama.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Suprintendan Ahsmon Bajah berkata, insiden itu berlaku pada jam 8.45 pagi ketika mangsa sedang memandu dari Kota Tinggi menghala ke Johor Baru.
Sementara itu, pemandu Proton Persona yang dikenal pasti sebagai Fred Anak Edin, turut cedera dan kini mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Kota Tinggi.
Kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Foto ihsan netizen |
Foto ihsan netizen |
from The Reporter http://ift.tt/2nQztrx
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment