Video dan gambar yang dimuat naik Zainal pada Ahad lalu, kini sedang viral di media sosial dan telah dikongsi 1,435 kali di laman Facebook.
"Siapa kenal perempuan ini? Tengok apa dia buat pada apartment saya di Apartment Permata Fadason, Jalan Kepong, yang dia sewa. Semua pintu rosak, tandas dua-dua sumbat.
"Macam celaka punya perempuan. Punyalah pengotor. Pindah rumah malam pula tu. Saya akan cari dia sampai dapat," tulis Zainal.
Berdasarkan video yang dikongsi, keadaan rumah bersepah penuh dengan sampah sarap. Bilik juga tidak dibersihkan, apatah lagi keadaan dapur yang kotor. Peralatan elektrik seperti peti ais dan mesin basuh semi auto juga berkerak.
"Saya tidak meminta orang percaya dengan apa yang saya upload. Tetapi ini hakikatnya, saya call tak jawab, WhatsApp pun tak balas walaupun sudah dibaca. Dia memang penipu, jiran semua cakap tentang dia," tulisnya lagi.
Zainal dimaklumkan bahawa penyewanya baru saja berkahwin tahun lepas semasa raya haji. Tetapi menurut jirannya, pasangan itu telah empat tahun mendirikan rumahtangga.
"Apa yang jiran saya beritahu, suaminya tidak bekerja," tulisnya dalam ruangan komen.
Sementara itu di ruangan komen, tampil seorang lelaki yang dipercayai suami kepada wanita berkenaan menjelaskan perkara berikut:
"Tujuh tahun sewa, bagi notis dua minggu (untuk) kosong (rumah). Deposit dua bulan, air dan elektrik pun ada deposit.
"Urusan dengan ejen, last owner bagi notis keluar. Agreement tak nak update. Tuan rumah tak pernah datang jumpa untuk bincang," tulis lelaki berkenaan.
Walau apa pun masalah yang timbul di antara kedua-dua pihak, mohon kedua-duanya selesaikan dengan cara baik. Baik sebagai pemilik, baik sebagai penyewa, sama-sama mempermudahkan urusan masing-masing.
Jangan menganiaya orang, kelak diri sendiri yang akan menerima kesan daripada perbuatan yang tidak diredhai itu.
from The Reporter http://ift.tt/2BVqEW9
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment