Zaman sekarang bila kahwin je, hantaran yang diberi agak mewah juga. Sama ada memang keinginan atau mengikut trend, bersederhanalah wahai bakal-bakal pengantin baru. Mungkin anda perlu mempertimbangkan semula senarai barang-barang hantaran yang sedia ada.
Jika menurut wanita ini, barang-barang hantaran yang sepatutnya dan wajib diberi adalah empat barangan berikut yang akan memudahkan urusan rumahtangga anda di kemudian hari. Mungkin pelik bagi sesetengah orang, tetapi biarlah orang nak kata apa yang penting rumahtangga kita, kita yang menentukannya. Semoga bermanfaat gais. Dah 2018 ini, mohon berfikiran matang bersama-sama.
PADA hemat saya yang ada anak empat dan sudah berkahwin selama 14 tahun ini, barang hantaran sepatutnya bukan bunga, kain, make-up, kasut tinggi membunuh dan minyak wangi. Sudahlah mahal, tak membantu meringankan urusan isteri, kata sayang?
Tetapi barang hantaran kahwin yang sepatutnya adalah:
1. Steam iron Philips. Dapat menggosok pakaian suami, anak-anak dan diri sendiri dengan laju. Seriously, lama weh gosok pakaian ini kalau guna iron biasa. Bengkak kaki.
2. Pressure cooker Noxxa. Masak cepat gila. Belum cerita masak untuk dalam pantang, memang memudahkan urusan dapur kita. Jadi ada lebih banyak masa nak membelai suami, gitu.
3. Mesin dryer kain. Ini memang hadiah paling istimewa. Jimat masa nak menjemur kain, lebih-lebih lagi bila musim hujan. Masalah bau baju kepam tiada lagi. Bil elektrik naik RM50, ini kalau guna setiap hari.
4. Kuala magic ikan. Ini memang ohsem. Bukan apa, tambah bila kahwin kan planning nak ada anak, isteri bersalin mesti dalam tempoh berpantang. Jadi mudah dan cepat nak masak ikan bakar. Nanti bila anak dah besar sikit, guna pula untuk buat lempeng bagai. Mudah dan cepat, lebih banyak masa nak belai suami.
Ini baru berguna, ini baru tanda sayangkan isteri dan akan membantu isteri untuk lebih efektif serta tidak membazir duit. Seriously, hantaran berbentuk kasut tinggi saya tak pernah pakai. Rasa macam nak mati bila pakai. Sakit sana sini, rugi betul. Kalau beli kuala magic ikan itu dah dapat sebiji. Senang nak memasak, untuk siapa? Untuk suami juga.
Gambar hiasan sahaja |
Betul, kalau bakal-bakal suami nak isteri layan lebih walaupun dah ada 10 orang anak, melaburlah siap-siap untuk beli barang-barang seperti ini. Memang tidak akan merugikan. Cepat tag tunang masing-masing atau ibu bapa.
Sila fikir-fikirkan, tak perlu minta wang hantaran berpuluh-puluh ribu. Senangkan bakal menantu itu, minta empat barangan ini sudah. Yang senang, anak awak juga nanti. Kata sayang anak? Gitu.
Dan duit guna untuk merakam gambar beribu photoshoot bagai, pelamin semua, cuba kira. Dryer dapat sebiji RM800, iron Philips sebiji RM1,500, Noxxa sebiji RM800.
Untuk makluman, saya tak menjual barang-barang ini, ini posting dari hati. Hahaha.
Sumber: Fauzan n Siti
from The Reporter http://ift.tt/2HLS28N
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment