Kisah yang menimpa arwah rakannya empat tahun yang lalu masih segar di ingatannya. Semenjak peristiwa yang menimpa rakan baiknya itu, confessor seboleh-boleh mahu menunaikan permintaan rakan-rakannya walaupun benda yang diminta itu sekecil gula-gula.
AKU teringat ada satu malam, member aku lapar maggi kari. Habis satu blok dia tanya ada tak maggi kari. Tetapi tiada seorang pun yang mengaku ada. Jadi dia balik ke dorm dengan muka sedih.
AKU teringat ada satu malam, member aku lapar maggi kari. Habis satu blok dia tanya ada tak maggi kari. Tetapi tiada seorang pun yang mengaku ada. Jadi dia balik ke dorm dengan muka sedih.
Aku tak faham kenapa dia teringin sangat nak maggi kari. Aku waktu itu hanya ada maggi asam laksa saja. Lagipun nanti outing baru plan nak beli.
Seriuslah, aku tengok dia macam teringin sangat nak maggi kari. Aku offer maggi lain pun dia tak nak, dia tetap nak maggi kari. Apa peliknyalah kawan aku seorang ini. Aku buat bodoh sajalah, malas nak layan.
Tetapi dia macam tak putus asa. Dia pergi pula ke blok senior. OMG! Disebabkan maggi kari je dia sanggup jumpa senior. Bukan apa, aku risau dia kena buli hanya kerana maggi kari.
Alhamdulillah dia selamat pulang ke dorm. Tetapi dia balik dengan tangan kosong. Weh! Muka dia kecewa itu memang lain macam. Tak pernah tengok dia sedih seperti itu.
Keesokan harinya outing. Jadi aku ambil keputusan nak belikan maggi kari untuk dia sebab aku bukan jenis yang boleh biarkan member mengidam teruk sampai ke tahap itu.
Aku keluar outing dengan makcik sebab dia saja yang rajin ambil aku masa outing. Aku tak adalah ajak sesiapa teman sebab dah ada makcik aku kan. Aku tengok muka kawan aku itu, yes, dia masih mengharapkan sesuatu.
Bila sampai di mall, benda pertama aku cari ialah maggi kari. Aku belilah untuk dia. Balik ke dorm, aku terus mencari dia. Eh pelik, mana pula dia ni? Rasanya dia tak outing hari ini.
Kawan aku beritahu yang dia dah keluar tadi dan sampai sekarang tak balik lagi. Ah sudah, habis dah waktu outing, apa hal dia tak balik lagi? Ada benda buruk ke yang berlaku pada dia? Ye aku risau, dah tu siapa nak makan maggi kari ini? Aduh, apa hal entah aku fikir sampai ke situ. Alahai.. (Ketuk kepala).
"Aduh, dah jam berapa dia masih tak balik lagi, kenapa?" aku bermonolog sendiri. Risau dan takut ada perkara yang tidak baik berlaku pada dia. Malah tiada seorang pun yang tahu dia di mana, dengan siapa, okay ke tidak.
Malam itu ada perjumpaan di surau. Mungkin warden nak mengira bilangan pelajar asrama sebab ada yang masih belum balik outing lagi. Buku outing ada di tangan warden, ada lima buah buku yang aku perasan dan salah satunya milik kawan aku sendiri.
Warden ambil tempat di depan. Warden mula nak buka mulut, nak beritahu sesuatu tetapi entah kenapa seperti berat saja warden nak cerita.
"Di tangan saya ada lima buah buku dan ia bermaksud ada lima orang pelajar yang masih belum pulang ke asrama. Awak semua tahu tak siapa orang itu?" tanya warden kepada kami semua.
Kami hanya sekadar mengangguk lemah, sebab takut warden marah.
"Kawan awak lima orang itu terlibat dalam satu kemalangan dan mereka semua berada di hospital. Keadaan mereka semua stabil tetapi ada seorang saja yang nampak macam tenat.
"Saya tahu awak semua tertanya-tanya siapa orang itu. Saya pun baru dapat maklumat ini tadi daripada orang awam yang membantu mereka yang terlibat dalam kemalangan itu," katanya dan tiba-tiba telefon bimbit warden berbunyi.
"Waalaikumusalam. Ye saya, apa dia? Allah, Inalillahwainahilahirajiun. Terima kasih, saya akan hubungi waris arwah." katanya.
Suasana dalam suara menjadi senyap dan masing-masing tertanya-tanya apa yang berlaku?
"Maaf semua, saya terpaksa beritahu walaupun perkara ini akan membuatkan awak semua sedih. Kawan awak dari dorm satu telah meninggal dunia. Saya kena pergi ke hospital sekarang.
"Saya nak awak semua buat bacaan yassin selepas ini dan doakan supaya roh arwah tenang di sana," katanya.
Aku melihat warden berlalu keluar sehingga susuk tubuhnya hilang dari pandangan. Aku mula terpaku, warden baru saja kata kawan aku yang nak sangat makan magggi kari itu dah tak ada. Betul ke apa yang aku dengar ini? Eh, apa benda ni? Serious la.
Dia teringin sangat nak makan maggi kari sebab ini ke? Itu permintaan terakhir dia dan aku masih ingat lagi sampai sekarang walaupun ini kisah empat tahun yang lalu.
Semenjak dari kes kawan aku itu, aku tidak pernah menolak permintaan orang walaupun benda itu kecil seperti gula-gula. Aku tetap nak tunaikan.
Korang jangan berkira sangat, nanti menyesal tak sudah. Sama juga seperti orang yang nak berjumpa dengan kita. Janganlah tolak kalau boleh. Bergantung pada situasi juga.
Sumber: Story Asrama
Kempunan ini adalah konsep menjamah makanan biarpun sedikit bagi masyarakat Melayu lama. Selera seseorang itu tidak boleh dibuat main kerana jika dibiarkan walaupun hati ingin merasainya, pasti akan berlaku malapetaka yang boleh mengakibatkan kematian.
Bagaimanapun, kepercayaan kempunan itu boleh membawa kepada syirik. Contohnya seseorang itu tidak menjamah makanan dan kemudian meninggal dunia. Kemudian ada yang mengatakan "Kalau dia makan dulu, mungkin dia tak mati".
Tanggapan seperti ini menjadi syirik kerana tidak mempercayai qadaq dan qadar Tuhan. Kesimpulannya, tiada istilah atau konsep kempunan dalam agama Islam.
Kempunan ini adalah konsep menjamah makanan biarpun sedikit bagi masyarakat Melayu lama. Selera seseorang itu tidak boleh dibuat main kerana jika dibiarkan walaupun hati ingin merasainya, pasti akan berlaku malapetaka yang boleh mengakibatkan kematian.
Bagaimanapun, kepercayaan kempunan itu boleh membawa kepada syirik. Contohnya seseorang itu tidak menjamah makanan dan kemudian meninggal dunia. Kemudian ada yang mengatakan "Kalau dia makan dulu, mungkin dia tak mati".
Tanggapan seperti ini menjadi syirik kerana tidak mempercayai qadaq dan qadar Tuhan. Kesimpulannya, tiada istilah atau konsep kempunan dalam agama Islam.
from The Reporter http://ift.tt/2EXFkFt
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment