Berdasarkan laporan yang telah dibuat oleh mangsa, pihak Polis Kuala Lumpur telah melancarkan gerakan mengesan suspek yang kemudian berjaya ditahan oleh Polis Selangor pada Isnin.
Dipercayai ketika ditahan, suspek berada dalam pengaruh dadah dan telah direman untuk siasatan bagi tuduhan menyerang dua mangsa berkenaan.
Suspek dijangka akan diserahkan kepada Polis Brickfields untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, Jimmy Soo yang memuat naik video kejadian itu di Facebooknya menjelaskan dia berada di dalam kereta dan menunggu abangnya. Kemudian datang sebuah kereta membuat Pusingan U dan telah melanggar bampar depan keretanya sebelum melarikan diri.
Jimmy telah membunyikan hon, tetapi pemandu itu tidak mengendahkannya dan terus beredar begitu sahaja.
Apabila abangnya datang, mereka mengambil keputusan untuk mengejar kereta terbabit yang kemudian berhenti lebih kurang 400 meter kerana tersangkut dalam trafik.
Apabila abangnya keluar dari kereta untuk memeriksa kerosakan bampar depan, suspek keluar dari kereta dan menyerang abangnya dengan pisau. Pemandu dan beberapa penumpang kereta yang lain keluar dan hanya menyaksikan kejadian itu tanpa menghalang suspek.
Jimmy cuba menghentikan pergaduhan itu, malangnya dia turut menjadi mangsa apabila mukanya ditumbuk oleh suspek.
"Abang saya terjatuh di jalan raya dan telah ditikam oleh lelaki itu. Saya juga turut menjadi mangsanya apabila dia menumbuk muka saya dan merosakkan cermin mata saya yang menyebabkan kecederaan di muka," katanya.
BERITA BERKAITAN
from The Reporter http://ift.tt/2F6nttL
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment