Home » , » 'Kan dah kena panggil...'

'Kan dah kena panggil...'

shamsulazlan | 06:21 | 0 comments

Susulan kes pergaduhan dua jiran sehingga melibatkan senjata tajam yang video kejadian tersebut viral di media sosial, polis telah memanggil dua keluarga berkenaan untuk memberi keterangan, lapor Harian Metro. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, seorang ahli keluarga terbabit juga turut menyerahkan sebilah pedang samurai di Balai Polis Paka pada jam 4 petang tadi. 

Pedang samurai tersebut adalah senjata yang digunakan dalam insiden pergaduhan tersebut di sebuah kawasan perumahan di Paka, Dungun baru-baru ini.

"Kertas siasatan berhubung kes sudah dibuka dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya. 


Terdahulu, video berdurasi satu minit 34 saat itu menunjukkan pergaduhan di antara dua keluarga termasuk ugutan menggunakan senjata pedang samurai viral di media sosial. 

Difahamkan, pergaduhan di antara dua keluarga terbabit berpunca dari pergaduhan anak-anak yang membawa kepada campur tangan ibu bapa. 

BERITA BERKAITAN: 


from The Reporter http://ift.tt/2sl6hxR
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger