Sekadar perkongsian kisah-kisah paranormal/mistik dari Twitter Silly Boney, untuk bacaan suka-suka sahaja.
Area common hantu bertenggek: Belakang pintu, bawah sinki, dalam cermin, atas pam tandas.
TENTANG thread kali ini, kisah ini dibawakan khas oleh individu lain. Aku tukang sampaikan sahaja. Aku tengah makan chicken chop yang mak aku tiba-tiba bawa balik
Cerita ini aku dapat dari member aku. Aku tak plan untuk dedahkan identiti dia atau nama accurate sekolah dia. Aku cuma nak sampaikan cerita ni sebab aku rasa cerita ni menarik dan creepy.
Nak dimulakan cerita, sekolah agama ni telah banyak menyaksikan kes-kes spiritual atau paranormal. Akan tetapi, tiada kes spesifik lagi yang berlaku di tandas kerana mostly kes seperti histeria, gangguan bunyi, penampakan kelibat dan sebagainya berlaku di setting venue yang berbeza.
Aku sendiri pun tidak tahu sama ada sekolah dia ni tandas lawa ke, bangunan baru ke apa. Cumanya tandas lawa macam mana pun, aku mesti akan terbayang ada hantu. Even tandas Avenue K canggih yang ada mesin tolong cucikan bontot pun, aku rasa ada hantu boleh muncul kat cermin.
Sekolah agama mereka, ada yang separuh dari pelajarnya ulang alik pergi balik sekolah, ada yang duduk di asrama. Dipendekkan cerita, Azhar yang merupakan student yang tinggal di asrama, pergilah ke tandas waktu malam seperti malam-malam kebiasaan. Masa itu waktu sudah melepasi jam 12 tengah malam.
Seperti mana-mana jantan yang berani dan alpha, Azhar pergi ke tandas seorang diri. Bila keluar dari pintu kamar, lampu korridor semua telah dipadamkan. Tapi ada sahaja kamar-kamar di aras lain yang lampunya masih terbuka. Gelak dan bunyi borak dari bilik-bilik jiran ada sahaja kedengaran.
Nature aspura, suasana aspura takkan senyap sunyi macam aspuri. Budak aspura mesti akan buat bising kalau tak tidur. Azhar pun melangkah ke tandas terdekat di aras dia. Lampu setiap tandas dah memang tersedia dibuka. Dia masuk cubicle tandas tengah dengan mamai-mamai dan mencangkunglah.
Sambil melepaskan hajat, dalam mamai-mamai tu kepala dia tunduk ke bawah. Dia tak sengaja tershut down sambil mencangkung sebab penat sangat.
Sebentar tadi rasa macam cerah, tapi untuk saat ni, rasa macam gelap. Dia settle apa yang patut sebab tidak rasa apa sangat pun. Selepas tu, dia pun tengok kat lantai tandas, reflection. Dia perasan ada benda hitam bersidai atas dinding cubicle. Dia tak sure benda apakah tu. Mungkin orang sebelah masuk lepas tu sidai tuala ke.
Slowly dia angkat muka dan pandang atas. Ada lembaga tengah tersidai dekat divider tu. Tangan dia merangkak nak seret masukkan whole body dalam cubicle tu. Tangan dia ada cuba mengapai kepala Azhar. Azhar dah beku dah, dia rasa macam dah terperangkap. Nak menjerit tapi tak boleh nak menjerit. Takut sangat sampai tak boleh nak berfikir.
Perlahan-lahan, hantu itu mengerekot naikkan badan dia atas divider tu dan tinggal nak terjun je. Di sebalik rambut mengurai, anak mata hantu itu meliar. Tiba-tiba, anak mata hantu tu berhenti tepat untuk tengok Azhar. Hantu itu senyum.
Senyuman makhluk itu membuatkan Azhar terus menjerit. Azhar terus tarik pintu tandas dan berlari keluar. Kelam kabut dia lari, ada jugak dia tersengguk sebab lantai licin. Masa tu dia tengok belakang.
Hantu tu merangkak keluar dari cubicle tandas tadi. Merangkak atas lantai pulak dah. Dia sprint terus keluar ke korridor aras, ada member-member dari aras yang sama sambut dia. Mereka semua pelik kenapa dia terjerit-jerit dalam tandas.
Malam itu juga, Azhar demam sebab terlalu takut dan terkejut. Semenjak kes tu, Azhar dah tak guna cubicle tandas yang sama. Begitu juga kesemua student aspura aras tu. Cubicle tu dah dikuarantinkan dan senior semua akan sampai sampaikan cerita ni pada junior.
from The Reporter http://ift.tt/2GuO8Qk
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment