Home » , » (Video) 'Jemaah hanya perlu bayar RM1,500 je untuk pergi umrah' - Ejen kantoi buat tawaran umrah palsu

(Video) 'Jemaah hanya perlu bayar RM1,500 je untuk pergi umrah' - Ejen kantoi buat tawaran umrah palsu

shamsulazlan | 00:19 | 0 comments

Beberapa kes mengenai penipuan pakej umrah telah dilaporkan sebelum ini. Walaupun kes ini sudah tersebar, namun orang ramai masih menggunakan khidmat ejen ini. Berbekalkan modus operandi tawaran pakej umrah rendah, pihak yang tidak bertanggungjawab ini seolah-olah tidak serik menipu orang ramai dan menggunakan agama sebagai loncatan untuk mengaut keuntungan.

Azizul Asri Ahmad Tajuddin membongkarkan kes penipuan yang melibatkan pakej umrah yang terendah. Beliau sendiri menghadiri taklimat yang telah diadakan. Beliau terkejut apabila dimaklumkan jemaah hanya perlu membayar sebanyak RM 1,500 sahaja manakala selebihnya ditanggung oleh pihak tertentu.

PADA jam 6.30 petang, saya mendapat satu info dari WhatsApp group bahawa akan ada satu taklimat Umrah Pakej RM6,000 yang dijadualkan berangkat pada bulan November 2018. Jemaah hanya perlu bayar 'RM1,500' sahaja. Baki (RM4,500) akan ditaja oleh satu kumpulan Usahawan Jutawan atas nama Infaq Niaga dengan kerjasama (kononnya) Housecoff Travel. Taklimat pada jam 8 malam di Tadika Nur Raihan sebelah Masjid Kuarters KLIA.

Pada jam 8.45 malam, saya tiba di lokasi. Perjumpaan telah berlangsung hampir 30 minit. Hampir 20 orang hadir. Taklimat dikendalikan oleh wanita berbaju dan bertudung merah. Kami diberitahu bahawa banyak group telah berlepas sebelum ini. Siapa yang hadir diminta menulis nama dan pasangan serta anak-anak. Kuota hanya 300 orang untuk bayaran hanya RM1,500. Baki RM4,500 ditaja. 

Apabila ditanya siapa yang menaja, jawapannya Infaq Niaga. Tanya lagi, siapa mereka? Dijawab mereka ini orang kaya di belakang tabir yang tidak mahu dihebohkan. Ini jutawan balak dan kuari. Tanya lagi, dah berapa lama pakej dengan Housecoff Travel ini? Jawapannya, semenjak tahun 2002. 

Mereka tidak tahu dalam majlis itu ada anak owner Housecoff yang menyamar sebagai pelanggan. Para jemaah lain dilihat berminat. Siapa yang tidak tertawan dengan umrah hanya bayar RM1,500. 

Jemaah diminta membayar RM500 sebagai deposit segera. Ada yang meminta untuk tangguh sampai petang esok. Lalu 'dia' menelefon seorang 'Datuk' sambil bercakap untuk menangguhkan deposit sampai esok supaya jemaah yang berminat dapat bawa lagi orang lain bersama. Sebab pakej terhad untuk 300 orang saja.

Ada jemaah yang sudah bayar RM500, lalu resit dikeluarkan. 2-3 jemaah pula dilihat bersungguh bertanya soalan dan berkempen (akhirnya diketahui bahawa mereka ini satu pasukan)

AGENDA TERBONGKAR

Akhirnya anak owner Housecoff membuka mulut, tercengang mencari jawapan. Lalu dijawab bukan kerjasama Housecoff Travel. Nama  Enigma dan Ukhuwah Firdausi pula dipetik. Setelah di 'brainwash' duit deposit yang jemaah bayar pada malam itu dipulangkan kembali.

Jawapannya satu saja. Niat mereka baik, mahu bantu jemaah pergi umrah dan diulang-ulang jawapan itu.

Saya melihat riak wajah jemaah yang hadir tercengang, terpinga dan tidak tahu yang mana betul. Berita jemaah terkandas dan umrah murah yang menipu di dada akhbar saban tahun gagal memahamkan mereka. 

Ada yang dah daftar untuk tujuh orang. Ada yang daftar dengan mak ayah. Saya cuba jelaskan satu persatu. Pergi umrah bukan macam kita beli tiket balik kampung atau beli baju di supermarket. Ia melibatkan duit, visa, kelulusan kerajaan untuk mengutip dana kerana melibatkan wang yang banyak. Apatah lagi sudah ramai yang terkena.

Ada pula jemaah yang mengaku dapat pergi sebelum ini cuma bayar RM3,800 saja. Katanya tak tipulah, memang pakej ini betul- betul ada.

Saya jelaskan. "Makcik, yang dapat pergi dengan RM3,800 tu bukan kerana ditaja, tetapi diambil duit jemaah yang daftar lewat untuk makcik pergi. Ini adalah 'money game'. Duit orang bawah hantar orang atas."


PERSIAPKAN DIRI 

Jemaah perlu dididik dengan betul. Tidaklah berdosa jika kita mati dan tidak sempat ke Makkah jika tidak tidak mampu. Asal ada usaha simpan duit sedikit demi sedikit. Tetapi amatlah berdosa jika kita tahu penipu sedang menipu di belakang kelambu kaabah lantas kita cuba sekali bersembunyi bersama. RM1,500 bukan sahaja tidak boleh pergi Makkah, nak beli tiket flight pun belum lepas.

Ini baru satu kes. Mereka bergerak underground melalui masjid dan surau serta group-group WhatsApp. Undang-undang sedia ada agak lemah. Yang ada pun setelah ditipu, terkandas, buat report polis, masuk muka depan Metro dan Utusan, barulah tindakan diambil. Itu pun duit belum tentu dapat, pencuri belum pasti ditangkap. 

Tahun berikutnya, mereka mulakan modus operandi baru. Jemaah baru dan duit baru.

Tuan- tuan yang mulia, YB bagi kerusi kat masjid atau sekolah pun kena tulis nama. Bagi duit seribu, dua ribu  pun perlu buat cek besar-besar masuk Sinar. Ini lagi ratus-ratus ribu untuk sponsor takkan tak nak mileage? Mereka ini muncul memanipulasi keinginan jemaah yang kurang kemampuan tetapi membuak keinginan untuk ke Makkah!

Maafkan saya sebab mention nama organisasi dan wajah mereka di dalam posting ini. Kerana maslahat jemaah yang ditipu dan bakal ditipu lebih utama. Amat jelik mereka yang menipu umrah. Lantas bersembunyi di belakang kiswah!  

Yang benar,
Suffah Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN6898|LKU144)
CSQ Training Centre


from The Reporter http://ift.tt/2ohfrGZ
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger