Home » , » Lukis bulatan dan suruh anak warnakan untuk kenal pasti keupayaan mereka memberi fokus ketika belajar

Lukis bulatan dan suruh anak warnakan untuk kenal pasti keupayaan mereka memberi fokus ketika belajar

shamsulazlan | 20:44 | 0 comments

Sebelum mendidik anak, ibu bapa terlebih dulu perlu memastikan tahap kemampuan anak agar tidak tertekan ketika mengajar mereka. Ini kerana tiada gunanya ibu bapa marah-marah pada anak yang tidak memahami atau fokus pada arahan. Dalam keadaan stress seperti itu hanya akan membuatkan anak takut untuk dididik ibu bapanya. 

Oleh yang demikian, ibu bapa perlu cuba memahami atau mengenal pasti tahap kemampuan anak masing-masing agar dapat memberikan cara didikan yang bersesuaian bagi meningkatkan tahap fokusnya pada sesuatu pembelajaran itu. Semoga bermanfaat! 

OKEY ibu-ibu sekalian, seperti yang dijanjikan saya akan memberi penjelasan berkaitan antara hasil kerja anak-anak dengan keupayaan mereka memberi fokus ketika belajar. Langkahnya, ambil sehelai kertas A4, lukiskan satu bulatan sederhana besar di tengah, kemudian beri arahan untuk anak warnakan bulatan tersebut. Hanya arahan "warnakan bulatan itu". Ini untuk anak berusia tiga hingga enam tahun ye.

Sila ambil maklum ya ibu bapa semua. Fokus adalah kemahiran. Bila sebut tentang kemahiran ini, anak boleh belajar melalui aktiviti-aktiviti semudah menuang air dari bekas ke bekas, bermain penyepit baju dan lain-lain. Yang penting kita dapat tahu keupayaan dan tahap fokus anak. Jangan membandingkan antara satu sama lain. 

1. MENCONTENG DAN TIDAK MENGIKUT ARAHAN

Jika anak tidak mewarnakan bulatan tersebut, sebaliknya hanya menconteng keseluruhan kertas, ini bermakna dia belum mampu mencipta fokus ketika proses pembelajaran dijalankan ke atasnya. 

2. MEWARNA SATU BAHAGIAN SAHAJA DARIPADA KESELURUHAN BULATAN

Bermakna anak hanya mampu fokus pada satu-satu perkara yang disukainya sahaja. Dalam erti kata lain, anak hanya memberi fokus jika kita mengajar perkara yang diminatinya. Anak tidak akan fokus kepada sesuatu yang tidak diminatinya. 

3. MEWARNA SELURUH BAHAGIAN TETAPI BANYAK YANG MELEPASI GARISAN BULATAN (TERKELUAR)

Bermakna anak sudah memberi fokus semasa belajar tetapi tidak konsisten. Kadangkala sangat fokus, namun ada masanya tidak menunjukkan minat langsung ketika belajar. 

4. MEWARNAKAN BULATAN TERSEBUT SEPENUHNYA DAN TIDAK MELEPASI GARISAN

Tidak perlu mengambil kira faktor kekemasan dan kecantikan warn. Apabila anak berjaya mewarnakan keseluruhan bulatan tanpa melepasi garisan, bermakna anak mampu mencipta fokus dengan baik ketika proses pembelajaran dilakukan ke atasnya. 

Jadikan ini sebagai penanda aras untuk mengenalpasti kemampuan fokus anak-anak. Mereka perlu difahami, barulah mudah untuk beri kefahaman kepada mereka. 

Fokus adalah kemahiran yang boleh dipertingkatkan dari masa ke masa. Perlu lebih kreatif untuk anak lebih fokus. Pelbagaikan aktiviti untuk meningkatkan daya fokus mereka. 

Sumber: Puan.Ainizal Abdul Latif, Azila Ghani


from The Reporter http://ift.tt/2oBNCsr
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger