Projek perumahan baru tumbuh melata bagaikan cendawan, namun penghuninya belum tentu dapat menghuni perumahan terbabit. Ini kerana terdapat rata-rata orang awam tidak mendapat kelulusan pinjaman bank. Faktor ekonomi kurang baik dikatakan antara faktor pihak bank menaikkan taraf polisi untuk kelulusan pinjaman perumahan.
Bagi penjawat awam dan swasta, mungkin mudah untuk membuat pinjaman, namun sukar bagi peniaga kecil-kecilan.
Walau bagaimanapun, setiap kesulitan ada jalan penyelesaiannya. Melalui bebenang di Twitter, Azrul Izzaham berkongsi langkah-langkah yang perlu dibuat untuk membolehkan pinjaman bank diluluskan.
KAWAN aku muda lagi, buat bisnes kecil-kecilan. Nak beli rumah. Pergi bank, bank kata perlu isytiharkan cukai pendapatan. Dia tak pernah isytiharkan. Pihak bank kata susah pinjaman rumah nak lulus. Aku beritahu dia beberapa perkara ini untuk dia ikut. Jangan sedih dulu.
1. Aku suruh dia daftar SSM dulu, itu utama. Tak boleh buat rumble beniaga macam jual DVD cetak rompak depan 7 Eleven. Alah geng, daftar SSM baru RM60 setahun.
2. Mula-mula berniaga kau tak perlu fikir sangat pasal buka bank syarikat. Kau berniaga pakai akaun personal pun dah okay.
Tapi duit berniaga kenalah masuk bank. Walaupun kau terima cash. Bank ini lagi banyak kau masuk duit dalam bank, lagilah mereka suka. Nampak company kau aktif. Pihak bank akan yakin yang kau tidak akan gagal bayar hutang esok hari.
4. Tambah sedikit perisa kerajinan. Dari segi dokumen yang melibatkan perniagaan. Kau rajinlah simpan dokumen niaga dalam satu fail. Kalau kau dapat resit, bil, invois yang libatkan niaga. Simpan je satu tempat. Serius penting!
5. Dari dokumen tadi, kau ambilah peduli sikit pasal asas akaun perniagaan. Kurang-kurang kau tahu berapa jualan kau buat, apa kos terlibat, berapa belanja perniagaan. Selepas tu, kau boleh monitor untung niaga.
Formulanya: Jualan - Kos - Belanja = Untung
6. Untung dah tahu baru boleh buat kira-kira kena cukai ke tidak. Ini kau kena tenang. Kau buang tanggapan semua orang mesti kena bayar cukai. Tak tak! Sebenarnya ada banyak pelepasan cukai gais. Kau cuma kena rajin ambil tahu sahaja.
7. Ini senarai pelepasan cukai yang aku bagitahu tadi. Kalau kau makan gaji pun kau boleh cek pelepasan cukai ni. Valid untuk kau juga. Serius talk man, woman, boy and girl.
8. Selepas itu, kau isilah borang B. Borang cukai individu yang ada bisnes. Borang ini kau ada masa untuk submit sebelum 30 Jun setiap tahun. Contoh pendapatan bisnes 2017 kau kena declare sebelum 30 Jun 2018. Simple je.
9. Kalau ada cukai bayarlah gais. Kalau tiada cukai kena bayar, kau sujud syukur ok. Sujud syukur macam Altimet buat masa memang persembahan terbaik AJL. Amboi, amboi, amboi.
10. Sebenarnya, kau boleh buat anggaran cukai sebelum hujung tahun setiap tahun. Sebab apa? Sebab kau orang boleh pilih untuk nak bayar cukai atau zakat.
11. Zakat kau orang kena bayar sebelum hujung tahun. Contoh pendapatan 2017 kau jangka cukai kena dalam RM5,000. Sebelum hujung tahun kau bayar Zakat RM4,000. Bila kira cukai betul-betul sekali kena cukai RM3,500 saja. Jadi tidak ada cukai kena bayar gais. Best kan?
12. Andai kata anggaran cukai tadi RM5,000. Kau bayar zakat RM4,000 gais. Cukai sebenar kena bayar RM4,500. Kau orang perlu bayar baki RM500 saja gais dekat LHDN. RM4,000 zakat sudah cover gais. Bestkan gais?
13. Pung, pang, pung, pang settle semua submission. Kau bawa borang B tadi pergi bank dan mohon beli rumah gais. Bawa sekali resit bayaran cukai kalau ada cukai kena bayar. Selepas tu, belilah rumah sesuka hati gais. Insha Allah bank layan kau gais macam king!
14. Ini aku saja tambahlah dokumen lain kena standby untuk apply loan bank:
- Bank satement 6 bulan
- SSM - Pendaftaran Niaga
- Statement Saving akaun lain-lain yang kau ada untuk support income.
Kalau loan kau orang lulus, house warming jangan lupa ajak aku ok? Cun! #KonsultanCukai
Sumber: Azrul Izzaham
from The Reporter http://ift.tt/2sPRKdD
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment