Home » , » 'Mungkin dia tak tahu Iman mengalami Diskalkulia'

'Mungkin dia tak tahu Iman mengalami Diskalkulia'

shamsulazlan | 18:55 | 0 comments

"Anak saya menangis-nangis sebab cikgu kata dia malas dan ketuk kepala dia sebab dia buat kesilapan ketika buat kira-kira dalam subjek matematik. 

"Saya menangis sama, anak ciwek, ummi pun ciwek (mudah tersentuh/menangis) juga. Dia mengalami Diskalkulia (masalah pembelajaran dalam matematik). Dia cuba berikan yang terbaik. Kasihan dia," demikian tulis Sazwani yang berkongsi tentang anak lelakinya yang mengalami Diskalkulia di Twitter. 

Sazwani yang juga merupakan seorang guru tidak menyalahkan guru anaknya, malah berfikir positif mungkin guru terbabit tidak mengetahui keadaan sebenar anaknya dan akan mencari masa yang sesuai untuk memaklumkan perkara itu kepada guru anaknya itu. 

"Tak tahulah (kenapa diketuk kepala), mungkin sebab banyak kesalahan. Rasanya cikgu yang baru itu tak tahu Iman mengalami Diskalkulia, sebab saya pun tak jumpa lagi cikgu tahun ini," tulisnya. 

Beliau pernah berhasrat menempatkan Iman di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Disleksia tetapi tiada di Kuala Langat. Malah anaknya juga tidak layak untuk pendidikan khas berkenaan atas sebab-sebab tertentu.

"PPKI Disleksia tiada di Kuala Langat dan dia tak layak untuk pendidikan khas kerana dia Mild Disleksia dan Diskalkulia. 

"Dia boleh membaca dan buat matematik tetapi selalu akan membuat kesilapan sebab dia akan tertinggal sesetengah perkara. Contohnya, tulis bahagi tak tulis baki atau dia lompat sifir. Sepatutnya darab tiga, tetapi dia tulis 13," jelas Sazwani kepada rakan-rakan Twitternya.  

Sebenarnya dia berada di aliran perdana itu pun selepas dia belajar di Persatuan Disleksia Malaysia di Bangi selama enam bulan. Jadi sudah banyak dia cuba untuk mempertingkatkan dirinya. 

"Tetapi dia sedih apabila dia berusaha tetapi cikgu kata dia malas hanya kerana kesilapan kecil. Tetapi begitulah hakikat kehidupan di dunia," tulisnya. 

Perkongsian Sazwani itu sedikit sebanyak membuka mata netizen mengenai Disleksia dan Diskalkulia. Meskipun sedih melihat anaknya menangis, namun Sazwani akan terus memberi sokongan dan didikan kepada anaknya. 



Dalam perkongsiannya itu juga, Sazwani meminta netizen tidak salah faham dengan perkongsiannya itu dan menegaskan bahawa beliau hanya berkongsi mengenai masalah Diskalkulia yang dialami oleh anaknya. 

Sementara itu, netizen turut memberi sokongan kepada dua beranak itu dan mendoakan Iman tabah dan tidak mudah berputus asa serta menganggap apa yang berlaku itu sebagai cabaran untuk berjaya di masa depan.  


from The Reporter http://ift.tt/2E7R6tb
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger