Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, suspek membuat pengakuan awal tersebut ketika disoal siasat polis semasa tempoh reman
"Suspek juga mengaku ada menyuruh anaknya melakukan tekan tubi sebanyak 500 kali. Perbuatannya itu dipercayai dilakukan sejak awal tahun lalu dengan alasan mahu mendidik anaknya yang degil.
Suspek dan ibu tiri mangsa yang direman sejak Jumaat minggu lalu dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson untuk pertuduhan kes Isnin ini.
Pada 31 Januari lalu, Nur Aina Nabihah tidak sedarkan diri di rumahnya di Lukut, Port Dickson sebelum dibawa ke hospital dan disahkan telah meninggal dunia.
Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai hilang nyawa akibat didera dengan kejam oleh suspek yang juga turut mengaku memukul mangsa menggunakan tali pinggang tentera dan kerusi plastik, selain memendang dan memijak perutnya.
Bedah siasat mendapati mangsa cedera parah pada organ dalaman seperti putus pankreas, hati terkoyak, cedera buah pinggang, usus terkoyak dan tulang rusuk patah.
Sumber: The Malay Mail Online, Sinar Harian
BERITA BERKAITAN:
- 'Ramai kecam pihak sekolah, jiran, ibu kandung dll tak beri peranan sewajarnya sedangkan...'
- Bapa percaya Aina Nabihah mempunyai 'saka'
- Diseksa ala komando hanya kerana tak baca doa tidur, kesilapan mengaji dan tak dengar arahan suspek
from The Reporter http://ift.tt/2BnX8XU
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment