Baru-baru ini tular di media sosial video di TikTok menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan membantu ibunya menjual cheese tart. Namun, tiada pelanggan yang mahu membelinya membuatkan kanak-kanak itu merajuk dan menangis.
Telatah kanak-kanak itu mengundang perhatian warga maya yang menganggapnya comel dan baik kerana sudi membantu ibunya berniaga. Malangnya, ada segelintir individu berasa kurang senang dengan kanak-kanak berkenaan yang dikatakan mengada-ngada.
Betul la orang cakap, orang perempuan ni makhluk yang aneh pic.twitter.com/6c1BkrVpw6
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) March 2, 2023
Menurut individu bernama Patin yang juga merupakan 'babysitter' (pengasuh kanak-kanak) itu berkata, kemarahannya boleh tercetus jika berdepan dengan kanak-kanak seperti itu, mengundang kecaman netizen.
Sedar ciapannya itu dikecam, Patin tampil menegaskan dia selaku pengasuh berkemampuan anak-anak kecil dari usia bayi ke atas. Namun kelakuan kanak-kanak dalam video itu menjengkelkannya.
"Since yall cakap macam-macam pasal saya 'bitter' dengan 'this kind of kids', I really wanna highlights its just 'this kind of kids'. I'm basically a babysitter and I can handle a baby till a toddler, but this kind of kids just annoys me. I didn't shows any hate by the way," katanya.
Foto: Twitter Usop Ibrahim |
Perdebatan itu menjadi lebih hangat apabila ada individu lain menambahkan bara api di mana dia menyalahkan ibu bapa tidak pandai menjaga anak dan hanya tahu mengangkang.
Membalas ciapan itu, Patin berkata, "Kalau boleh terajang pun aku nak terajang, tapi tu ah anak orang".
Foto: Twitter Usop Ibrahim |
"Kau suka hati nak terajang anak orang dah kenapa? Dah la ada anger issue, lepas tu masih nak jadi pengasuh budak. Budak tantrum sikit pun kau dah annoyed. Ini yang dia mengaku pernah cubit. Yang mak bapak tak tahu?
"Budak dalam video ini tantrum level satu je, belum full blown pun. Menangis je pun, terus dia (Patin) triggered. Rupa-rupanya babysitter, then bangga pernah jaga budak autism tapi mengaku pernah cubit budak. Lepas tu nak terajang anak orang. Sini aku terajang kau pulak," kata Usop Ibrahim.
Netizen yang lain juga hairan dengan sikap wanita berkenaan yang masih gigih mahu bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak sedangkan daripada apa yang ditulisnya di Twitter jelas menunjukkan dia tidak mempunyai kesabaran yang tinggi.
"Orang jenis macam ni mesti takde basic early childhood, sebab tu perangai macam setan. Tak suka budak, jangan apply kerja jadi pengasuh. Geram pulak aku. Nak jaga budak ni kena ada basic knowledge dan kena ada kesabaran yang paling tinggi. Aku pun pernah jaga baby umur 2 bulan ke 6 tahun, Alhamdulillah elok je," kata Feyra.
"Harap orang macam ni tak diizinkan Tuhan bergelar ibu. Mesti teruk anak dia kena kalau menangis sikit pun," kata Mawar.
Foto: Twitter Usop Ibrahim |
Sumber: Twitter
from The Reporter https://ift.tt/UAN8zKe
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment