Home » , » Lavida Coin: Ramai mangsa berasa tertipu & alami kerugian, tuntut semula wang dari DSV?

Lavida Coin: Ramai mangsa berasa tertipu & alami kerugian, tuntut semula wang dari DSV?

shamsulazlan | 18:22 | 0 comments



Tahun 2018, usahawan Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman telah melancarkan token digital (kripto) Lavida Coin dengan harga awal yang ditetapkan 1 LVC bersamaan $0.66 (RM2.71). 


Lapor Utusan Online, di awal pelancarannya saja sudah timbul beberapa isu yang tidak menarik mengenainya. Tetapi isu itu kemudian senyap dan terus dilupakan. 


Tahun ini, isu yang sama kembali diperkatakan kerana ramai yang berasa tertipu dan mengalami kerugian besar selepas membuat pelaburan itu. 


Kegagalan untuk 'mencari' Vida pula menyebabkan mangsa bertindak menyasarkan bekas pekerja usahawan itu bagi menuntut semula wang mereka.


Laporan penuh mengenai isu Lavida Coin boleh baca di portal Utusan Online, 'Rugi Melabur, Punca Ramai Cari?'. 


Jika mengikut semakan di sumber terbuka, Berita Harian (2018) melaporkan Lavida Coin telah disenaraikan di bawah Amaran Pengguna Kewangan berikutan laman webnya tidak diluluskan mengikut undang-undang dalam pentadbiran Bank Negara Malaysia. 


Pada tahun yang sama, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengarahkan penganjur Lavida Coin menghentikan serta-merta semua aktiviti berkaitan urusniaga mata wang digital itu. (Rujuk laporan mStar Online). 


Para pelabur juga dinasihat sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah wajar sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yangg membabitkan mata wang kripto dan token digital.


Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan dari usahawan berkenaan. 


Sumber: Utusan Online



from The Reporter https://ift.tt/WYBltZU
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger