Kipas susah mati (die-hard fans) The DC Extended Universe (DCEU) bergembira apabila mereka melihat kemunculan Henry Cavill menyarung semula pakaian Superman dalam penghujung filem Black Adam tahun lalu.
Malangnya kegembiraan itu hanya bertahan seketika selepas DC Studios (syarikat animasi sebahagian dari Warner Bros) mengesahkan Henry Cavill tidak akan muncul lagi sebagai Superman kerana mereka sedang mencari pelakon yang lebih muda untuk memainkan watak Kal-El yang mengundang kemarahan peminat.
Tidak berpuas hati dengan pengumuman itu, peminat DCEU kini mengancam untuk memfailkan saman terhadap pihak berkenaan. Tetapi persoalannya ialah, bolehkah mereka berbuat demikian?
Seorang peminat tegar telah tampil mencadangkan untuk memfailkan undang-undang terhadap pengiklanan palsu terhadap DC Studios kerana mereka tidak mengembalikan Henry Cavill sebagai watak Superman selepas cameo dalam filem Black Adam.
hope we have lawyers in our fandom. don't think HenryCavill will sue WBD even though he has the evidents. hope some lawyers can advise us if fans can sue WBD for false advertising...
— ChongCK (@ChrisChongCK) February 23, 2023
Someone recently sued a movie studio for a misleading movie trailer. I think it’s time to sue @wbd & @JamesGunn for the misleading end of Black Adam and then having Cavill announce his return only to then get rid of him. They used him and us.#firejamesgunn #BoycottWBD
— Aaron Fischer - My Review (@ReviewFischer) February 23, 2023
Walau bagaimanapun, tuntutan saman itu mungkin tidak sah kerana treler filem boleh dianggap sebagai iklan dan bukannya filem yang sudah siap sepenuhnya.
from The Reporter https://ift.tt/J3bZ2cS
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment