Home » , » Wanita dibunuh, teman lelakinya dirogol & ditikam sampai mati kerana enggan kahwini sepupu

Wanita dibunuh, teman lelakinya dirogol & ditikam sampai mati kerana enggan kahwini sepupu

shamsulazlan | 22:24 | 0 comments


Seorang wanita dibunuh, manakala teman lelakinya dirogol sebelum dibunuh selepas mangsa (wanita) enggan berkahwin dengan sepupunya di Turki. 


Vilda Ince, 24, dipaksa berkahwin dengan sepupunya dalam satu majlis keagamaan setelah didesak oleh keluarganya sendiri. 


Bagaimanapun, Vilda enggan berbuat demikian lalu bertindak melarikan diri dengan teman lelaki, Osman Celik, 25, dua bulan lalu. 


Keluarganya berusaha mencari pasangan itu tetapi gagal sehingga mereka berdua muncul untuk menyertai parti sambutan Tahun Baru 2021 di bandar Kirsehir. 


Keluarga wanita itu menjemput pasangan berkenaan untuk pulang ke rumah, kononnya mahu berdamai. Tetapi apabila mereka tiba, Vilda dibawa ke bilik mandi di mana dia dipukul sampai mati. Teman Osman pula ditelanjangkan dan dirogol sebelum ditikam sehingga mati. 


Mayat pasangan itu ditanam di luar kawasan kampung agar perbuatan mereka tidak diketahui oleh sesiapa. 


Keluarga Osman mula menyuarakan kebimbangan apabila mereka tidak dapat menghubunginya, terus membuat laporan polis. 


Bertindak di atas laporan itu, polis menahan ahli keluarga Vilda dan selepas disoal siasat, mereka mengaku telah membunuh pasangan berkenaan serta menunjukkan lokasi mayat ditanam. 


Setelah mayat pasangan itu berjaya dikeluarkan, polis terus menahan bapa, abang dan sepupu yang dipaksa berkahwin dengannya, serta dua lagi ahli saudara lain disyaki terbabit dalam kejadian itu. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3q6w05T
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger