Gara-gara menerima rasuah berjumlah $260 juta (RM1.04 bilion), bekas ketua syarikat pengurusan aset terbesar milik kerajaan China dikenakan hukuman mati.
Bekas anggota Parti Komunis China, Lai Xiaomin, mengaku secara live di televisyen dan menunjukkan peti besi dan kabinet yang dipenuhi dengan wang tunai di sebuah kediamannya di Beijing. Selain wang tunai, Lai juga menerima rasuah berbentuk kereta mewah dan jongkong emas.
Mahkamah di Tianjin menyifatkan Lai menunjukkan niat jahat yang melampau, menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan sejumlah besar sogokan yang disifatkan sangat besar dan serius.
Selain itu, Lai juga didapati bersalah kerana bersekedudukan dengan wanita yang bukan isterinya dalam tempoh yang agak lama sehingga mempunyai beberapa anak luar nikah.
Perbuatan Lai itu mula diketahui pada April 2019 ketika penyiasat melucutkan jawatannya dan dipecat dari menganggotai Parti Komunis China kerana dipercayai menyalahgunakan jawatan untuk menggelapkan dana lebih 25 juta yuan (RM15.27 juta) antara 2009 dan 2018.
Bagaimanapun dalam pengakuannya itu, Lai memaklumkan dia tidak membelanjakan sesen pun wang tersebut dan hanya sekadar menyimpannya sahaja.
Hukuman itu mengakhiri salah satu kes jenayah kewangan terbesar di China dan berlaku ketika Beijing mengambil tindakan yang semakin tegas terhadap kesalahan korporat.
Sumber: AFP, Berita Harian
from The Reporter https://ift.tt/35ds23z
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment