Home » , » 'Aku selalu bersedekah tetapi dihukum oleh agamaku' - Muhammad Sajjad jelaskan isu digari JAIS

'Aku selalu bersedekah tetapi dihukum oleh agamaku' - Muhammad Sajjad jelaskan isu digari JAIS

shamsulazlan | 00:24 | 0 comments


Kembali lagi kita ke rancangan, "Dia mengaku perempuan tetapi sebenarnya bukan".


Baru-baru ini viral di media sosial video seorang usahawan kosmetik menangis dan digari serta mendakwa dia telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung kes pada Februari 2018. 


Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, turut mendakwa dia diberi layanan yang tidak wajar sehingga mengalami bengkak di bahagian badan akibat bergelut untuk mempertahankan diri. 


Menurut Muhammad Sajjad, kejadian itu berlaku pada 6 Januari 2021 di mana dia hadir ke pejabat JAIS untuk memberi keterangan berhubung kes penganjuran majlis bacaan doa selamat dan yassin bersama anak tahfiz di wismanya di Seksyen 16, Shah Alam. 




Difahamkan, ketika majlis itu diadakan ,ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakannya dan membuat aduan kepada JAIS yang menyebabkan dia diminta hadir ke pejabat JAIS baru-baru ini tetapi mendakwa dia telah digari dan dikasari sebelum ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu. 


"Saya digari, dikasari dengan kata-kata dan tindakan, dicederakan sebegitu rupa. Tangan dan badan saya bengkak kerana pergelutan ketika saya mempertahankan diri tidak mahu digari. 


"Saya berhak diberi hak asasi kemanusiaan untuk hidup seperti manusia yang lain juga. Saya amat sedih dan kecewa dengan kejadian ini kerana kesannya mengganggu perniagaan dan mental saya," katanya. 


Di Instagram, Muhammad Sajjad juga meluahkan rasa tidak puas hatinya yang panjang lebar membuatkan pembaca boleh membaca luahan itu sambil makan cekedis.


"Adakah aku seorang kafir? Seorang yang tak layak memeluk Islam dan berbuat baik dalam agamaku? Orang seperti aku harus dihukum kerana buat sedekah atas permakaian ku! Aku keliru. #tiberr


"Aku selalu bersedekah, membayar zakat tetapi kerana pakaianku adalah wanita, aku dihukum oleh agamaku, kerana cara penyampaian sedekah ku salah di mana aku memakai tudung dan jubah yang dijahit oleh arwah mami Zarina. 


"Orang macam aku ini tak layak memeluk islam sebab orang macam aku ini digari dan dihukum teruk dalam agamaku. Walaupun aku membuat amal sedekah dan wakaf. Ujianku sungguh kuat dan mereka nak aku jauhkan diri dari agama aku sayangi. 


"Semua yang aku buat mereka kata haram. Kerana pakaian ku. Ya Allah, kenapa aku dilahirkan? Aku tak sanggup hidup di dunia ini lagi. Baik aku mati dari aku diseksa begini. Ini semuanya haram kerana aku berpakaian wanita, hukum tetap haram. 


"Bila terjadi macam ini, aku rasa aku makin jauh untuk mendekatakan diri dengan Allah. Ujian berat dan tindakan tak wajar pada diri aku kerana aku bersedekah dengan memakai pakaian wanita. 


"Itu semua haram tau Sajat! Kau tu tak layak beragama Islam sebab kau tu lelaki walaupun kau tak ada nafsu pada wanita! Semua kata kau ini lelaki di dalam IC walapun kau dah menjalani pembedahan penukaran jantina. Ini semua kau buat wakaf, tetap haram sebab kau berpakaian wanita. 


"Kebaikan dalam agama berpandukan pada pakaian. Muhammad Sajjad bin Kamaruzzaman adalah lelaki. Wakaf macam mana pun hukumnya haram bila kau berpakaian wanita. 


"Segala niat baik ku tetap mereka haram sebab aku Sajat pakai perempuan buat apa pun tetap haram. Dan aku rasa Islam itu berat pada aku, jika aku keluar agama Islam baru mereka happy. 


"Patut ke aku keluar dari agamaku? Kalau aku salah, nasihat aku cara baik, bukan gari aku! Dan masukkan aku kat dalam lokap. Aku bukan melacurkan diri sampai korang buat aku macam penjenayah yang buat kesalahan besar," tulisnya. 


Sementara itu, JAIS mengesahkan Muhammad Sajjad kini sedang disiasat mengikut Seksyen 10, Enakment Jenayah Syariah Negeri Selangor berikutan terdapat beberapa aduan yang ditemui mengenai kelakuannya pada 2018 dan 2020. 


JAIS juga mengambil maklum mengenai video viral itu yang membabitkan Muhammad Sajjad dan beberapa anggota penguat kuasa JAIS yang kini telah dipanggil untuk memberi keterangan. 




Seorang individu yang tampil mendakwa Muhammad Sajjad sengaja memutar belitkan cerita untuk meraih simpati dari geng songsang. 


Menurut sumber berkenaan, "Muhammad Sajjad digari sebab dia dah out of control since her outburst. Ini bukan waran untuk tangkap. Pegawai itu dah cakap, it's to aid the investigation. 


"The same way if you read other police activities, memang akan lokap for a time period during an investigation. She's not special. 


"Stop making this about LGBT hate because it's not. Even if somebody else was reporterd, they could be getting the same treatment. Unless you're a politician, of course. She was taking in for questioning over a report somebody else made," katanya. 



Sumber: Harian Metro, OhBulan, Lobak Merah




from The Reporter https://ift.tt/2MZmhjM
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger