Home » , » Anak maut selepas bapa ajak minum racun untuk bunuh diri

Anak maut selepas bapa ajak minum racun untuk bunuh diri

shamsulazlan | 02:24 | 0 comments


Tidak tahan dengan masalah rumah tangga dan kewangan yang dihadapi, seorang lelaki berusia 35 tahun di Bandar Lampung, Indonesia mengajak dua anaknya yang masih kecil berusia 5 dan 10 tahun bunuh diri dengan meneguk racun. 


Kejadian itu berlaku pada Selasa, 5 Januari 2021 lalu di Daerah Lampung Timur, diketahui oleh bapa mangsa yang baru saja pulang dari sawah kira-kira jam 11 pagi. 


Ketika itu, bapa mangsa mendapati anak dan dua cucunya itu berada dalam keadaan kejang dan menggeletak di depan televisyen di ruang tamu. 


Dia kemudian meminta bantuan dari penduduk lain untuk membantu menyelamatkan kesemua mangsa. 


Mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Sekampung untuk mendapatkan bantuan awal sebelum dibawa ke Hospital Sukadana. Namun, mangsa berusia 5 tahun itu tidak dapat diselamatkan. 


Menurut sumber, lelaki terbabit mengalami masalah rumah tangga serta masalah kewangan yang membuatkan dia berhutang keliling pinggang. Sementara itu, isterinya bekerja di luar negara sejak setahun yang lalu. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/2K1uYsM
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger