Hubungan seks antara orang dewasa dengan kanak-kanak adalah kesalahan yang boleh dihukum mengikut undang-undang. Ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti tidak membiarkan anak bersendirian walaupun ada orang dewasa yang kurang dikenali. Didik anak mengenai sentuhan sama ada berbahaya, selesa, jahat dan rahsia. Setidak-tidaknya ambil perhatian sekiranya anak tidak bersikap seperti biasa dan percayakan mereka.
Jangan sampai anak menjadi mangsa kepada lelaki gila seks yang tidak mustahilnya datang dari keluarga sendiri seperti yang berlaku pada kanak-kanak dalam kes ini di mana dia dicabul dan dirogol oleh bapa kandungnya.
WAKTU sudah jam 4 petang. Ketika saya melangkah masuk ke bilik Mawar, semuanya dengan muka muram. Kanak-kanak ini dibawa oleh gurunya dari sekolah ke balai polis. Dari balai polis, dibawa pula ke Jabatan Kecemasan.
Laporan polis baru saja dibuat oleh gurunya. Saya ambil laporan itu dan ayat terakhir dalam laporan itu bertulis,
"Saya mengesyaki anak murid saya telah dicabul dan dirogol oleh bapa kandungnya. Inilah laporan saya."
Waktu sudah pukul 4 petang. Ketika saya melangkah masuk ke bilik Mawar, semuanya dengan muka muram.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) January 25, 2021
Kanak-kanak ni dibawa oleh gurunya dari sekolah ke balai polis. Dari balai polis, dibawa pula ke Jabatan Kecemasan.
Saya duduk dan mula mengambil sejarah pesakit. Kanak-kanak ini pada asalnya diam saja. Tidak yakin dengan saya agaknya. Tak kenal dan perkara yang nak diceritakan pula sangat sulit. Berkali-kali dipujuk oleh gurunya, barulah dia mula membuka mulut.
Ceritanya, dia telah dicabul dan dirogol tiga kali oleh ayah kandungnya. Bulan April sekali, bulan September sekali dan kali terakhir pada bulan Disember. Diceritakan lebih teliti apa yang berlaku dan saya hanya mampu mengangguk perlahan. Semuanya dicatatkan.
Bulan ini saja dah ada dua kes begini," saya berkata dalam hati.
Pada usia muda begini, anak perempuan ini terpaksa menanggung beban emosi yang sangat tinggi. Cerita ini beliau simpan seorang diri. Sampai satu masa tidak tahan dengan tekanan emosi, dia luahkan pada kawan baiknya di sekolah. Dari kawan itulah cerita ini sampai ke telinga gurunya.
"Saya benci ayah saya. Tapi saya lagi benci ibu saya!"
Eh? Kenapa pula ni?
"Sebab apa?" saya tanya.
"Saya mengadu pada ibu saya sendiri. Saya harapkan dia akan menjaga dan melindungi saya. Tetapi orang yang paling saya harapkan, tidak percaya dengan saya."
Apa yang dicerita, ibunya tidak percaya. Anak ini menjadi sangat marah dan tertekan. Kami sebagai pegawai perubatan kanak-kanak dilatih supaya percaya jika terima aduan sebegini. Aduan kanak-kanak didera secara fizikal atau seksual mesti disiasat. Jika tidak benar, baguslah.
Untuk kanak-kanak tampil ke depan dan membuka cerita yang sangat memalukan ini bukannya mudah. Untuk dia datang pada seseorang dan mengadu dicabul, itu keberanian yang luar biasa. Entah berapa lama dia mengumpul kekuatan dan menyusun ayat sebelum dia pergi pada ibunya. Tetapi bila orang yang paling dia percaya buat tak tahu dan tak percaya, hancur rasa hati itu.
Cerita ini cerita benar. Setiap bulan ada saja kanak-kanak yang dicabul dan dirogol. Majoriti besarnya adalah kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak lelaki ada yang diliwat. Ini cerita benar.
Buka mata dan perhatikan sekeliling. Jika anda menerima aduan sebegini, percayalah kanak-kanak itu sedang merayu supaya diselamatkan. Bantulah anak itu, kita saja harapan dia. Ingat lima angka ini betul-betul, 15999. Kalau terjumpa kes begini, hubungi talian kasih, 15999 atau bawa dia ke hospital. Tolong ya.
Sumber: Doktor Redza Zainol
from The Reporter https://ift.tt/3a6jA7F
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment