Warga media sosial digemparkan dengan kes pembunuh kejam terhadap kucing-kucing di Kota Medan, Indonesia. Kucing-kucing yang ditangkap dibunuh dan kepalanya dipotong sebelum dilapah serta dagingnya dijual di pasar.
Kes itu didedahkan oleh Sonia Rizkika Rai melalui akaun Instagramnya pada Rabu, 27 Januari 2021, bermula dengan kes kehilangan kucing peliharaannya bernama Tayo.
Difahamkan, Tayo didapati hilang sejak tiga hari lalu. Sonia mula melakukan pencarian di kawasan berdekatan tetapi gagal menemuinya.
Sonia kemudian diberitahu bahawa ada individu yang mengambil Tayo dan dimasukkan ke dalam guni. Individu tersebut dikatakan selalu menangkap kucing untuk dibunuh dan dagingnya dijual dengan harga 70,000 rupiah (RM20) per kilogram.
Setelah mengetahui kucingnya dibunuh, Sonia terus pergi ke rumah individu berkenaan yang hanya didedahkan namanya sebagai 'A', bersama dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Bu Wulan.
Pada awalnya, mereka berdua mengalami sedikit kesukaran untuk mencari rumah A, sebelum diberitahu oleh seorang kanak-kanak. Setelah bertengkar dengan jiran A, Sonia diberitahu bahawa ada guni berisi potongan daging.
A sempat berbohong kononnya kandungan dalam guni itu adalah daging anjing. Tetapi apabila dibuka, rupa-rupanya kandungannya adalah sebahagian daging dan kepala kucing.
Sonia terus menangis sebaik saja mendapati salah satu kepala kucing dalam guni itu adalah kepala Tayo. Lebih kejam lagi, ada kepala kucing yang dipercayai kucing bunting.
Tidak beberapa lama kemudian, datang seorang lelaki yang memarahi mereka berdua kerana mencetuskan kekecohan di kawasan itu dan mereka hampir bergaduh. Lelaki itu turut mengancam meludah muka mereka berdua sekiranya masih terus berada di situ.
Tidak puas hati dengan kejadian itu, Sonia membuat laporan polis. Malangnya polis memberikan reaksi yang tidak dijangkakan.
"Saya bawa kepala kucing saya sebagai bukti ke balai polis. Tetapi sampai saja di balai, polis tidak tahu menahu tentang hal itu dan mereka hanya ketawa.
"Saya kemudian dipanggil masuk ke dalam balai dan disoal sebelum diminta pergi ke balai lain kerana kejadian itu bukan berlaku di daerah mereka. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3pvr3np
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment