Home » , » (Video) Remaja lempar kucing demi konten Tik Tok, menangis ketika ditahan polis

(Video) Remaja lempar kucing demi konten Tik Tok, menangis ketika ditahan polis

shamsulazlan | 20:24 | 0 comments


Baru-baru ini viral di media sosial video seorang remaja lelaki melempar seekor kucing, mengundang kemarahan netizen yang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap remaja terbabit. 


Berdasarkan video Tik Tok tersebut, remaja lelaki berbaju putih melempar seekor kucing tanpa sebarang rasa bersalah, sambil dirakam oleh salah seorang rakannya.


Sebelum terjatuh, kucing yang menjadi mangsa penganiayaan itu melambung tinggi dan tidak diketahui bagaimana keadaannya selepas itu. 


Di media sosial, netizen mengecam perbuatan remaja terbabit dan menurut siasatan netizen, suspek berasal dari Puruk Cahu, Kalimantan Tengah, Indonesia. 



Video itu turut menarik perhatian pihak polis yang kemudian menjalankan siasatan dan memberkas remaja berkenaan pada malam Sabtu, 16 Januari 2021. 


Ketika diberkas, remaja itu menangis dan memohon maaf di atas perbuatannya serta berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan itu. 



Sementara itu, polis menasihatkan orang ramai untuk menjaga tingkah laku dan tidak menyalahgunakan media sosial untuk tujuan yang tidak baik semata-mata untuk meraih like dan share. 


"Polis telah memberkas suspek dalam kes video lempar kucing untuk siasatan dan tindakan lanjut. 


"Diharapkan masyarakat lebih bijak dalam menggunakan media sosial dan tidak melakukan hal-hal yang merugikan diri sendiri mahupun orang lain," kata jurucakap polis. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3ittLqG
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger