Home » , » Tekak pecah selepas cuba menahan diri dari bersin

Tekak pecah selepas cuba menahan diri dari bersin

shamsulazlan | 06:24 | 0 comments


Lelaki berusia 34 tahun dari Leicester, England dimasukkan ke hospital selepas tekaknya pecah akibat cuba menahan bersin. 


Lapor Medizzy Journal, lelaki itu merasakan ada sesuatu yang tidak kena di leher dan kesakitan yang luar biasa setelah dia cuba menahan dirinya dari bersin. Malah, dia juga mengalami kesukaran untuk menelan atau bercakap. 


Lelaki itu kemudian dimasukkan ke hospital dan pemeriksaan doktor mendapati tekak dan lehernya mengalami bengkak. 


Dia terpaksa disuap melalui tube selama beberapa hari bagi membolehkan tisunya pulih semula dalam tempoh tujuh hari di hospital sebelum dibenarkan pulang. 


Menurut doktor, perbuatan cuba menahan diri dari bersin dengan menyumbat hidung adalah sangat berbahaya dan perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan: 


  • Pneumomediastinum (udara terperangkap di dada antara paru-paru)
  • Perforation of the tympanic membrane (gegendang telinga berlubang)
  • Rupture of a cerebral aneurysm (saluran darah menggelembung di otak). 


Justeru orang ramai dinasihatkan untuk tidak menahan diri daripada bersin atau berdepan dengan masalah seperti yang dialami oleh lelaki berkenaan. 


Sumber: Medizzy Journal, World of Buzz



from The Reporter https://ift.tt/2K5rTrE
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger