Home » , » 'Kesan calar & lebam di badan' - Budak maut disyaki didera pengasuh

'Kesan calar & lebam di badan' - Budak maut disyaki didera pengasuh

shamsulazlan | 23:24 | 0 comments


Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut disyaki didera oleh penagsuhnya di sebuah kondominium di Jalan Ipoh. 


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pada jam 2.45 petang Ahad, 3 Januari 2021, pihaknya menerima laporan kematian mangsa lalu pergi ke lokasi kejadian. 


Sebaik saja tiba di kondominium itu, polis mendapati mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil dan masih lengkap berpakaian. Pemeriksaan awal mendapati, terdapat kesan calar dan lebam di beberapa bahagian badan dan kaki mangsa. 


Paramedik yang turut berada di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat. 


Sementara itu, pengasuh dan dua anaknya berusia 22 hingga 61 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian itu ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3pN11fe
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger