Home » , » (Video) 'Itu bukan anak saya, ini bukti isteri saya curang selama 3 tahun dengan kawan saya sendiri'

(Video) 'Itu bukan anak saya, ini bukti isteri saya curang selama 3 tahun dengan kawan saya sendiri'

shamsulazlan | 18:24 | 0 comments


Viral di media sosial video seorang suami mendakwa isterinya yang sedang hamil anak lelaki lain dalam pengumuman yang dibuatnya di majlis 'baby shower'. 


Pendedahan itu bukan sahaja mengejutkan isterinya, malah membuatkan para tetamu yang hadir termasuk lelaki yang curang dengan isterinya, terkejut dan mendengar penjelasan si suami dengan penuh rasa ingin tahu.


Kejadian itu dipercayai berlaku di Bolivia berdasarkan bahasa yang digunakan dalam video tersebut. Si suami terdahulu mula memperkenalkan peguamnya dan mereka mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan wanita hamil itu telah menduakan suaminya selama ini. 


"Ini adalah peguam saya. Kami mempunyai dokumen di sini. Seperti mana yang anda semua tahu, saya mengharapkan kelahiran bayi lelaki. Di sini, lihatlah, saya mempunyai keputusan ujian kehamilan dan anda tahu yang saya bakal menjadi seorang bapa tidak lama lagi. 


"Tetapi tahu tak, anda terlepas pandang perkara penting. Ini bukti (gambar ultrasound) yang menunjukkan dia (isteri) bukan hamil empat bulan, tetapi dia sebenarnya hamil enam bulan," katanya.


Bukan itu sahaja, malah dia memaklumkan isterinya telah curang dengan lelaki berkenaan yang merupakan rakannya sendiri selama tiga tahun.


Bakal ibu itu mula gelisah dan meminta suaminya untuk berhenti berkata dan berbincang mengenai perkara itu di luar. Tetapi suaminya nekad untuk meneruskan pendedahan itu.



Peguamnya kemudian menunjukkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) melalui komputer ribanya kepada orang ramai di mana si isteri sedang bersama dengan pasangan curangnya yang hanya bertuala keluar dari bilik mandi. Lelaki perosak rumah tangga itu juga berada dalam majlis yang sama, duduk tidak jauh daripada si isteri. 


"Itu bukan anak saya, majlis baby shower ini adalah untuk mereka berdua," kata si suami lagi menyebabkan isterinya mula menangis kerana kecurangannya sudah terbongkar dan kali ini dia tidak dapat melarikan diri lagi.


Pendedahan itu mula menyebabkan majlis tersebut menjadi huru hara tatkala dia berkata, "Majlis ini bukan untuk saya, tetapi untuk mereka berdua dan saya akan pergi dari sini." 



Si suami mula melangkah meninggalkan majlis, sambil dikejar oleh isterinya yang cuba memujuk biarpun mengetahui kesalahan seperti itu adalah amat sukar untuk dimaafkan.


Sementara itu, tetamu yang lain mula melepaskan kemarahan mereka pada lelaki botak berbaju merah itu. Dia dipukul dan mukanya dicampak dengan kek.


Sumber: The Sun



from The Reporter https://ift.tt/34V83ag
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger