Home » , » 'Suspek kelar pergelangan tangan mangsa berkali-kali sehingga putus' - BFF mangsa ditahan polis

'Suspek kelar pergelangan tangan mangsa berkali-kali sehingga putus' - BFF mangsa ditahan polis

shamsulazlan | 02:24 | 0 comments


Seorang perempuan yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang remaja perempuan di Kuala Berang, semalam, ditahan polis untuk membantu siasatan. 


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut berkata, suspek yang sebaya dengan magnsa itu ditahan setelah diserahkan oleh ibunya sendiri pada jam 8.15 pagi tadi. 


Tangkapan dibuat berdasarkan bukti dan juga video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran lokasi kejadian. 


Suspek dan ibunya datang ke Balai Polis Telemong untuk memberi keterangan. Namun, polis mencurigai keterangan suspek dan juga dikesan beberapa tanda-tanda kecederaan baru termasuk gigitan pada lengan dan badan suspek. 


Suspek kemudian ditahan dan pemeriksaan di rumahnya juga menemui beberapa barangan termasuk wang tunai dan peralatan solek dipercayai milik mangsa. 


Siasatan awal mendapati, suspek datang ke rumah mangsa dengan menunggang motosikal. Suspek dan mangsa bersembang di ruang tamu. Mangsa dipercayai menyebut sesuatu yang menimbulkan kemarahan suspek, lalu berlaku pergaduhan dan pergelutan. 


Suspek yang gagal mengawal diri, terus mengambil pisau yang berada di ruang tamu dan mengelar beberapa kali pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus. 


Suspek yang masih belajar di tingkatan enam disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 


Dalam kejadian semalam, Siti Nur Surya, ditemui mati di ruang tamu rumahnya dengan pergelangan tangannya yang putus. Mangsa dibunuh di hadapan ibunya yang terlantar sakit, menghidap kanser otak. 


Sementara itu, teman lelaki mangsa, Muhammad Haiqal berkata, mangsa ada menghantar mesej WhatsApp kepadanya pada pagi sebelum kejadian. 


"Saya beritahu mahu ke tempat kerja dan dia balas dengan ucapan jaga diri," katanya yang kemudian dimaklumkan oleh kenalannya pada jam 4 petang bahawa mangsa telah mati akibat dibunuh. 


"Saya terus ke rumah keluarga arwah dan terkedu selepas mendapati ia benar-benar berlaku. Macam tak percaya. Saya bersama ibu baru berjumpa arwah di rumahnya Sabtu lalu ketika menziarahi ibunya dan arwah amat mesra bersembang dengan ibu," katanya. 


Muhammad Haiqal dan Siti Nur Surya merancang untuk bernikah tahun depan. Tetapi impiannya itu kini terpaksa dilupakan. 


Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan kampung pada petang ini. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3mNMNJh
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger