Di kala suami terlalu sibuk dengan kerja, isterinya yang kesunyian mengambil kesempatan untuk bermain 'kayu tiga' dengan lebih 300 lelaki.
Difahamkan, Zhang, ibu kepada dua anak itu mengalami kemurungan menyebabkan dia mencari pelbagai cara untuk mengisi kesunyiannya itu dengan cara yang salah iaitu mencari teman lelaki di media sosial.
Zhang mula melakukan kegiatan itu sejak 2017 dengan membuka akaun palsu di media sosial dan menggunakan nama sebagai Zhou Mo dengan status janda bagi menarik perhatian lelaki.
Dengan memanfaatkan kepandaiannya menggoda lelaki menyenangkan lagi usahanya untuk mendapatkan teman lelaki tanpa perlu dia memuat naik gambar dirinya yang sebenar. Lebih teruk lagi, Zhang pernah menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang lelaki dalam satu masa.
Di kesempatan itu, Zhang memperdayakan mereka dengan menjaja cerita yang dia mengalami masalah kewangan, tidak mampu membayar sewa rumah, perlukan dana biayai masalah perubatan dan menguruskan anak.
Demi kekasih maya yang disayangi, mangsa-mangsanya sanggup meminjamkan sejumlah besar wang. Dengan taktiknya itu, Zhang berjaya meraih pendapatan haram sebanyak 400,000 yuan (RM250,000).
Sepandai=pandai tupai melompat, akhirnya Zhang yang bukan tupai pun terjatuh ke tanah jua bila mana perbuatannya terbongkar selepas salah seorang mangsanya membuat laporan polis.
30 hari kemudian, Zhang ditahan pihak berkuasa dan mengaku memperdaya semua mangsa. Namun wang yang 'dipinjam' itu tidak dapat dikembalikan kerana sebahagian besarnya telah digunakan untuk bermain judi online.
Suami dan anaknya terkejut, dalam tempoh dua tahun itu mereka langsung tidak mengetahui perbuatan Zhang. Namun suaminya bersyukur Zhang telah terciduk.
Ogos lalu, Zhang dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun 5 bulan dan juga denda RM40,000 yuan (RM25,000).
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3l1AYyE
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment