Home » , » 'Penat perjuangkan hak pendidikan samarata, kerajaan pula cadangkan Tabika Elit untuk bezakan miskin & kaya?'

'Penat perjuangkan hak pendidikan samarata, kerajaan pula cadangkan Tabika Elit untuk bezakan miskin & kaya?'

shamsulazlan | 21:24 | 0 comments

Baru-baru ini, Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyatakan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan mewujudkan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) elit sejajar kemajuan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Tabika elit ini dicadangkan hanya murid yang ibu bapanya mempunyai kemampuan kewangan.


Namun begitu, cadangan ini tidak dipersetujui oleh banyak pihak dan meminta pihak kerajaan menolak usul ini. Isu yang diketengahkan ini dilihat bagaikan meminggirkan golongan yang tidak berkemampuan. Sebaliknya, kerajaan harus bersikap adil dalam memastikan sistem dan kualiti pendidikan awal kanak-kanak bertambah baik dari segala aspek.


TABIKA elit menyediakan kurikulum lebih baik berbanding biasa. Dulu buat pemisahan kaum melalui pendidikan, sekarang mungkin tercipta pemisahan antara kaya dan miskin. Apakah kurikulum yang baik hanya boleh dinikmati mereka yang berduit dan 'elit'? Penat je perjuangkan pendidikan adalah hak sama rata untuk semua tanpa melihat berapa banyak duit dalam poket mak bapa mereka.


Sudahlah di luar tadika mahal belaka, kenapa kerajaan tidak meningkatkan sahaja kurikulum sedia ada di Kemas untuk memastikan ibu bapa yang kurang berkemampuan dapat menghantar anak mereka menuntut pendidikan yang baik tanpa melihat status kehidupan?


Aku nak buka satu kisah. Begitu kita memisahkan manusia hanya kerana 'STATUS'. Untuk 4 tahun aku dah menjalankan program kembara cuti sekolah membantu pelajar kurang berkemampuan yang tak cemerlang. Buat pertama kalinya nak buat program ni, orang tanya kenapa perlu membazir duit? Tapi boss aku, Alan, sangat memahami.


Bagi aku, pelajar susah.. kita bagi makanan dia kenyang. Tapi kita kena bantu dia melihat dunia luar supaya dia faham masih ada orang yang sayang mereka ni. Masih ada yang ambil berat, apa yang mereka boleh jadi jika keluar dari kepompong pesekitaran yang negatif atau yang susah.


Kemudian seorang hamba Allah datang dan nyatakan, "Marina.. adalah lebih baik kita berkerjasama untuk memberikan peluang, menjaga dan berikan perhatian untuk pelajar miskin yang cemerlang". Aku senyum dan rasa terkilan sangat dalam hati. Jika 1,001 orang yang tumpuannya hanya pada kejayaan pelajar miskin yang cemerlang, berapa ramai pula yang nak membantu pelajar miskin yang kurang cemerlang?


Tidakkah kita boleh melakukan sesuatu menunjukkan walau tidak pandai belajar kamu boleh menjadi usahawan, penternak, penukang yang berjaya. Kejayaan bukan hanya diukur melalui kepandaian sijil semata-mata, berapa A kamu ada tetapi sejauh mana kamu ingin usaha. Kita orang di sekeliling memainkan peranan penting. Bukan memisahkan dan membezakan.


Malam bersama pelajar-pelajar ini. Aku suruh mereka tulis isi hati di dalam kertas secara rahsia, gulung dan masukan ke dalam bekas. Bila aku baca dan lihat, hampir menangis dengan luahan perasaan pelajar ini. Selain masalah pergaduhan ibu bapa di rumah, mereka juga rasa dibandingkan hanya kerana mereka tidak sepandai, tidak secemerlang orang lain. Cukup-cukup kita melayan manusia melalui kepandaian, status dan kemampuan.


Isu ini juga turut disuarakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail melalui satu kenyataan media pada hari ini.


"Kami merujuk kepada cadangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi mewujudkan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) elit yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar baru-baru ini. Pihak Kerajaan digesa menolak cadangan ini kerana ia akan melebarkan kesenjangan di antara golongan B40 dan T20 yang boleh menyebabkan keretakan perpaduan masyarakat.


"Malaysia seharusnya melangkah ke arah pendemokrasian pendidikan awal kanak-kanak yang dapat memberikan kesaksamaan terhadap pendidikan yang berkualiti.


"Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pendidikan awal kanak-kanak atau ECD (early child development) amat penting kerana ia merupakan asas kritikal dalam pembangunan dan kejayaan seseorang.


“Menurut WHO, wawasan strategik dalam pendidikan awal kanak-kanak perlu menitik beratkan kualiti persekitaran yang membina, termasuklah pendekatan hidup dan pendidikan yang melibatkan ibu bapa, penjaga, keluarga dan masyarakat.


"WHO berpendapat Kerajaan dan masyarakat sivil harus bekerjasama dengan keluarga bagi menyediakan akses yang saksama kepada semua kanak-kanak kepada persekitaran yang berkualiti lagi membina.


"TABIKA elit yang dicadangkan oleh KEMAS itu adalah bertentangan dengan aspirasi ini dalam pendidikan awal kanak-kanak. Aspirasi pendemokrasian pendidikan awal kanak-kanak ini telah dipelopori sebelum ini dengan rancangan menggabungkan institusi-institusi pendidikan awal kanak-kanak melalui penubuhan satu jawatankuasa khas.


"Rancangan ini telah dimaklumkan kepada Dewan Rakyat pada November 2018 bahawa Kabinet telah meluluskan pembentukan jawatankuasa khas ini yang akan berperanan mengawal selia secara bersepadu penubuhan dan operasi institusi pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia".


Sumber: Marina Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail




from The Reporter https://ift.tt/2SknGRb
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger