Home » , » Isteri kerat alat sulit suami selepas mengetahui suaminya hamilkan perempuan lain

Isteri kerat alat sulit suami selepas mengetahui suaminya hamilkan perempuan lain

shamsulazlan | 22:24 | 0 comments

Seorang wanita usia pertengahan tahun mengambil pisau dan mengerat alat kemaluan suaminya yang sedang tidur selepas dia mendapati lelaki itu curang di belakangnya. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.15 pagi Ahad, mangsa yang berusia 30 tahun dan dikenali sebagai Babangida atau nama popularnya Bangis, mengalami kecederaan parah akibat perbuatan isterinya yang cuba memotong alat sulitnya itu. 


Bangis bagaimanapun selamat dan dikejarkan ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan. 


Apabila ditanya oleh jiran mengapa dia bertindak kejam dengan mengerat alat sulit suaminya, wanita itu menjawab, "Kitab Bible kata kita patut memotong apa saja yang boleh membuatkan seseorang itu berdosa". 


Salah seorang jiran mangsa memaklumkan, Bangis pergi ke pasar dan selepas seharian berniaga, dia letih dan pulang ke rumah untuk tidur. 


"Di waktu subuh, si isteri memotong alat sulit suaminya kerana dia menghamilkan perempuan lain. Dia (mangsa) melawan dan cuba mengambil pisau dari tangan isterinya dan dalam kejadian itu si isteri juga mengalami kecederaan. 


"Jiran-jiran yang terdengar jeritan yang berlaku di rumah pasangan itu terus bergegas keluar dan pergi ke rumah mereka untuk melihat apa yang berlaku," katanya. 


Bangis diserang sehingga cedera parah kerana isterinya mendapat tahu dia telah menghamilkan perempuan lain yang kini sedang menunggu masa untuk bersalin. 


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/3mniJ7c
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger