Home » , » 'Kalau DAP tak berminat, sila tutup TV & handphone' - Ketua Puteri UMNO

'Kalau DAP tak berminat, sila tutup TV & handphone' - Ketua Puteri UMNO

shamsulazlan | 21:24 | 0 comments

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan, membidas kenyata Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang semalam meminta Menteri Kanan Dato' Seri Ismail Sabri berhenti membuat sidang media sekiranya tiada pengumuman yang dapat membantu rakyat. 


Menurut Zahida, dia bersetuju sidang media itu dihentikan sekiranya ia sekadar propaganda dan fitnah yang memburukkan pihak lawan. Tetapi katanya, rakyat memerlukan maklumat terkini mengenai perkembangan Covid-19 yang disalurkan secara harian. 


"Bagi rakyat di bawah, setiap kemas kini maklumat harian berkenaan perkembangan Covid-19 yang disampaikan oleh Ismail Sabri dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah amat penting. 


"Masa 22 bulan jadi kerajaan, berapa banyak (Pakatan Harapan) bantu rakyat? Selain 30 ringgit? Kalau DAP tak berminat, sila tutup televisyen dan telefon pintar kalian. Mudah," katanya menerusi akaun Facebooknya semalam. 


Semalam, Hannah Yeoh menggesa Ismail Sabri menghentikan sidang media harian Covid-19 sekiranya tiada pengumuman yang dapat mebantu rakyat. Selain itu katanya, sidang media bukan tempat untuk mempromosi baju atau barang pameran di rak. 


Ahli Parlimen Segambut itu turut menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) memuktamadkan semua SOP sebelum diumumkan agar rakyat tidak keliru sehingga ada yang dikenakan denda disebabkan kekeliruan tersebut. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/2TitDP7
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger