Tidak salah menjalinkan hubungan percintaan dan digalakkan masing-masing menjaga batas dan kehormatan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Bagi pasangan yang sudah serius, amatlah digalakkan berkahwin bagi menghalalkan perhubungan itu.
Namun, ada juga pasangan yang tidak menjaga batasan menyebabkan timbulnya hal-hal negatif seperti terlanjur, hamil anak luar nikah yang berhujung dengan memalukan maruah diri dan keluarga.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila ada yang mengambil jalan mudah untuk menutup kesalahan diri iaitu dengan menggugurkan kandungan atau membuang bayi yang baru lahir.
Ini semua berpunca dari pergaulan yang terlalu bebas sehingga tidak mengenal batasan. Yang difikirkan mereka adalah keseronokan, kenikmatan tanpa menyedari perbuatan itu boleh menghancurkan masa depan sendiri.
Seperti yang berlaku di Indonesia di mana sepasang kekasih terlanjur melakukan maksiat di tempat awam. Perbuatan mereka itu dirakam oleh seorang lelaki, tanpa disedari oleh pasangan berkenaan.
Tidak diketahui lokasi tepat insiden itu dirakam, tetapi video itu tersebar meluas di media sosial dengan kapsyen dua ninja sedang melakukan latihan merayap.
Dalam video itu menunjukkan si lelaki sedang fokus menindih pasangannya di atas bangku di ruang terbuka yang tidak dikunjungi orang.
"Enak.. Enak.." kata perakam membuatkan pasangan itu berhenti merayap lalu bergegas beredar meninggalkan tempat itu.
Di media sosial, pelbagai reaksi netizen yang menonton video itu. Ramai yang ketawa melihat cara si lelaki merayap dan menganggap lelaki itu sedang merayap mencari mangsa.
Bagi sesetengah orang, video itu mungkin melucukan tetapi bagaimanapun dengan hati dan perasaan ibu bapa mereka jika melihat video tersebut? Sudah pasti hancur berkecai.
Ibu bapa usahlah terlalu percaya pada anak untuk meneruskan rutin harian mereka. Sebaliknya awasi pergaulan mereka bersama rakan. Beri didikan, nasihat, teguran mahupun hukuman agar anak faham kesan dan akibat jika melakukan perbuatan yang tidak bermoral itu.
Sentiasa berpesan kepada anak mengenai had sesama rakan yang bukan mahram. Pastikan anak sensitif dalam isu pergaulan. Ajarkan mereka mengenai aurat, sentuhan yang tidak sesuai dan juga perbezaan antara mahram dengan bukan mahram.
Ajar anak untuk membezakan mana yang betul atau salah. Pasti mereka faham mengenai konsep tipu daya seksual yang kerap dilakukan. Dedahkan kepada mereka kejadian yang pernah berlaku pada kanak-kanak atau remaja sebaya agar mereka tahu ancaman yang mendatang.
from The Reporter https://ift.tt/3mocjow
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment