Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mendedahkan, Addy Kanna terlibat dalam kes sindiket Macau Scam, perjudian online dan penipuan pelaburan pertukaran mata wang asing Forex.
"Tangkapan Addy (Kanna) dan seorang suspek yang masih bebas (Goh Leong Yeong @ Alvin) mendapati mereka berperanan sebagai koordinator atau ejen menyediakan kemudahan sewa premis dan telekomunikasi kepada sindiket penipuan yang menyasarkan rakyat China.
"Kita juga dapati wujud elemen penipuan penipuan (scam) membabitkan Addy ini. Susulan itu, siasatan juga akan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Cawangan Khas dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standrad (JIPS)," katanya.
Sejak Addy ditahan, JSJS telah membuat 12 serbuan di Lembah Klang sejak Sabtu lalu di premis pusat panggilan dan berjaya menahan 138 individu termasuk 96 warga China membabitkan beberapa sindiket.
Semakan juga mendapati, Addy mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan jenayah samun.
Addy dan dua lagi lelaki ditahan reman 21 hari di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan akan dipohon lanjutan reman selama 38 hari lagi di bawah Seksyen 4(1)(a) POCA 1959.
Polis juga sedang giat memburu Alvin Goh danSuruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) juga sedang menyiasat insiden Alvin yang berjaya melarikan diri dari SPRM Putrajaya baru-baru ini.
Pejabat Alvin di Plaza Low Yat juga diserbu dan polis tidak menolak kemungkinan Alvin yang bekerja di plaza terbabit menjadi faktor dia mendapat 'tawaran' dari sindiket di CHina.
Huzir menegaskan, PDRM akan memastikan sindiket ini akan terus ditahan dan siasatan akan dilakukan secara telus, terperinci dan menyeluruh.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/35ha1jX
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment