Home » , » Profesor saran gunakan air laut untuk selesaikan masalah bekalan air di Lembah Klang

Profesor saran gunakan air laut untuk selesaikan masalah bekalan air di Lembah Klang

shamsulazlan | 19:24 | 0 comments

Kekerapan berlakunya gangguan bekalan air di Selangor sudah semestinya membuatkan ramai pengguna merunggut biarpun adakalanya masalah gangguan itu datang dari pihak kilang yang tidak bertanggungjawab melepaskan sisa-sisa pencemaran ke sungai. 


Bagaimanapun, menurut seorang profesor masalah itu boleh selesai jika air laut diproses dengan teknologi membran terkini yang semakin popular digunakan dalam rawatan air bermasalah.


Felo Akademi Sains, Profesor Datuk Dr Ahmad Ibrahim berkata, air laut merupakan sumber air yang paling banyak dan paling bermasalah di dunia untuk dimanfaatkan kerana kandungan garamnya yang tinggi.


"Alangkah eloknya kalau air laut dapat dirawat untuk digunakan sebagai air bersih.


"Akibat usaha pembangunan dan pembangunan (R&D) dalam pembuatan pelbagai jenis membran, kilang penyahgaraman di dunia kini banyak menggunakan membran untuk menghapuskan unsur-unsur yang perlu dinyahkan terutamanya garam.



"Negara-negara yang menggunakan teknologi membran untuk menyahgaram air laut tidak lagi mengadu insiden gangguan bekalan air. Tidak ada sebab mengapa teknologi membran yang sama tidak dapat dimanfaatkan dalam perawatan air bersih kita.


"Ramai mencadangkan supaya pihak berkuasa air perlu mengamalkan pengurusan risiko yang lebih proaktif," katanya.


Tambahnya, sudah tiba masanya loji rawatan air mengubahsuai sistem rawatan dengan menggunakan teknologi yang lebih berkesan seperti menggunakan teknologi membran bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan air. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/31wK9zv
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger