Gara-gara tekanan perasaan yang tidak terkawal mendorong seorang gadis berusia 24 tahun melarikan diri ke hutan pada malam tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 8.10 malam di mana gadis terbabit lari ke dalam hutan berdekatan Spice Garden, Teluk Bahang.
Adik mangsa berkata, kakaknya keluar dari rumah dan memandu kereta jenis Proton Preve, dikhuatiri mengalami tekanan perasan dan melarikan diri ke dalam hutan tersebut.
Bomba dengan kerjasama pasukan polis telah berjaya menemui gadis itu kira-kira jam 9.30 malam.
Mangsa sebelum ini pernah dilaporkan lari ke hutan yang sama pada Februari lalu.
Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan cara mengamalkan kaedah 10B.
Bertenang
Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.
Bernafas dengan dalam
Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.
Berkata, ` Relakslah’
Cuba katakan pada diri sendiri, saya ni stres, ‘Relakslah’, Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu. Bawalah bersabar. Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.
Beribadat
Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.
Berkongsi perasaan dengan seseorang
Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda . Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.
Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain, anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.
Berurut
Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.
Berehat dan mendengar muzik
Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda berasa tenang. Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.
Beriadah
Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukanlah aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.
Bersenam
Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan bersenam ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang. Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.
Berfikiran positif
Stres juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi. Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.
Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri. Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.
Sumber: Kosmo, myHealth
from The Reporter https://ift.tt/31o3Z02
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment