Sembilan ahli keluarga dilaporkan meninggal dunia selepas makan mi 'homemade' yang disimpan dalam peti sejuk selama setahun.
Kesemua mangsa mengalami keracunan selepas memakan 'mi suantangzi', makanan tempatan China pada 5 Oktober lalu.
Tujuh mangsa meninggal dunia pada 10 Oktober lalu, manakala mangsa kelapan meninggal dunia dua hari kemudian.
Mangsa terakhir yang dikenali sebagai Li, pula meninggal dunia pada Isnin lalu.
Tiga kanak-kanak yang dihidangkan mi itu bernasib baik kerana menolak untuk memakan hidang tersebut yang dikatakan kurang enak.
Pengarah Keselamatan Makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Heilongjiang, Gao Fei berkata, kes keracunan makanan yang disebabkan asid bongkrek boleh menyebabkan mangsanya meninggal dunia.
Gejala keracunan asid bongkrek biasanya bermula dalam beberapa jam selepas makan makanan tercemar di mana mangsa akan mengalami sakit perut, berpeluh dan beberapa lagi gejala lain dan akhirnya koma.
Lebih teruk lagi, mangsa boleh meninggal dunia dalam masa 24 jam.
"Ia menyebabkan kerosakan yang serius pada organ manusisa seperti hati, ginjal, jantung dan otak.
"Buat masa ini, tiada penawar khusus. Setelah mengalami keracunan, kadar kematian boleh mencapai 40 hingga 100 peratus," katanya.
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/2IQn44u
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment