Seorang lelaki mengalami ketulahan di mana dia motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang selepas meragut telefon bimbit milik seorang pelajar perempuan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian itu yang berlaku pada jam 5.30 petang, Khamis, 29 Oktober 2020 di Jalan Sekolah, Seri Kembangan.
Difahamkan, mangsa yang berusia 17 tahun sebelum itu sedang berjalan sambil berbual melalui telefon bimbit dan suspek yang menunggang motosikal dari arah belakang meragut telefon mangsa.
"Suspek berusia 34 tahun itu meragut telefon pelajar terbabit menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong. Suspek panik dan terus memecut motosikalnya sebelum hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam longkang yang tidak beberapa jauh dari lokasi kejadian," katanya.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera menahan suspek dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Suspek mengalami patah kaki serta pendarahan di kepala dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Pemeriksaan polis juga mendapati, terdapat beberapa telefon bimbit yang dipercayai dicuri dan juga beberapa peket dadah di badan suspek. Semakan juga mendapati, suspek mempunyai empat rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2TBnz4t
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment