Home » , » Remaja maut terkena renjatan eletkrik akibat guna kabel pengecas yang sudah usang

Remaja maut terkena renjatan eletkrik akibat guna kabel pengecas yang sudah usang

shamsulazlan | 18:05 | 0 comments

Seorang remaja perempuan maut akibat terkena renjatan elektrik akibat menggunakan kabel pengecas telefon pintarnya  yang sudah lama.

Menurut laporan Daily Mail, Nong Ying, 17, sebelum itu sedang menggunakan telefonnya yang sedang dicas menggunakan kabel pengecas ditampal dengan pita pelekat, sambil berbaring di katil.

Namun dia tidak menyedari kabel berbahaya itu menyentuh katilnya (aluminium) menyebabkan dia terkena renjatan elektrik dan meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku pada malam Jumaat lalu di Chaiyaphum, Thailand. 

Ibunya, Boonpeng Tuponchai, 47, yang baru pulang mendapati Nong masih baring di atas katil dan cuba mengejutkannya Nong dari tidur sebelum dirinya terkena sedikit renjatan elektrik. 

Boonpeng segera memadamkan suis utama tetapi sudah terlambat, mangsa tidak lagi bernyawa. 





Pegawai penyiasat polis, Kapten Khanti Peansoongern berkata, pihaknya menemui kesan terbakar di tangan kiri mangsa yang dipercayai memegang telefon tersebut. 

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa mangsa terkena renjatan akibat penggunaan kabel pengecas yang sudah terkoyak dan terdedah kepada kebocoran arus elektrik. 

Namun siasatan sedang dijalankan bagi memastikan punca kematian mangsa. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/2PT44Ua
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger