10 Oktober lalu, seorang wanita yang sedang berjalan di kawasan tempat kereta di sebuah pangsapuri dilanggar kereta.
Mangsa yang tidak sempat mengelak, dilanggar sehingga tercampak dan terjatuh ke lantai. Lebih teruk lagi, pemandu terbabit tidak memohon maaf di atas kecuaiannya itu.
Menurut laporan World of Buzz, pemandu itu juga memarahi mangsa yang menegaskan dia tidak sepatutnya berjalan di situ.
Ketika membuat laporan polis, pemandu itu mendakwa dia ada bertanya kepada mangsa sama ada dia perlu pergi ke hospital, tetapi mangsa tidak mahu menjawab dan menjerit memanggil pasangannya datang ke tempat kejadian.
Dalam laporan polis tersebut, pemandu itu yang juga merupakan peguam cuba memutar-belitkan kejadian sebenar agar dia dilihat tidak bersalah, sedangkan dia bertanggungjawab di atas kemalangan itu.
Mujur kejadian itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan video bukti itu dapat digunakan untuk menyangkal dakwaan tidak berasas pemandu terbabit yang cuba melepaskan diri dari dikenakan tindakan.
Menurut individu yang mendedahkan kejadian itu, Eunice Khoo, berkata, pemandu dan pasangannya langsung tidak menunjukkan kebimbangan terhadap mangsa ketika kejadian itu berlaku yang boleh dilihat pada kelakuan mereka di mana:
- Mereka berdiri tiga langkah dari mangsa
- Pasangan pemandu meletak tangan di punggung menunjukkan tanda kurang senang dengan situasi itu
- Pemandu itu mendakwa mangsa tidak mengendahkannya dan menjerit memanggil pasangannya datang ke tempat kejadian. Tetapi dalam video, pasangan mangsa sudah berada di tempat kejadian ketika suspek sudah keluar dari kereta.
Pemandu itu juga mendakwa dia memandu dengan cermat dan mangsa muncul secara tiba-tiba. Tetapi berdasarkan video :
- Mangsa sudah separuh jalan ketika melintas sebelum kereta itu muncul.
- Pemandu itu tidak menunjukkan tanda untuk memperlahankan kenderaannya kerana lampu brek hanya menyala selepas dia melanggar mangsa.
- Pemandu itu memandu melebihi had laju di mana had laju di kawasan tempat letak kereta adalah 15 km/j.
- Walaupun pemandu itu memandu dengan kelajuan yang ditetapkan dan melanggar mangsa, mangsa tidak mungkin akan terpelanting jauh seperti dalam video tersebut.
Pemandu itu juga tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu dalam tempoh 24 jam. Dia hanya membuat laporan selepas tiga hari dari kejadian itu. Malah menegaskan dia tidak akan membayar pampasan terhadap mangsa.
Difahamkan, mangsa dan suspek tinggal di bangunan yang sama.
Sumber: World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2NIcVpp
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment