Sebak rasa hati, hendak menangis pun ada apabila membaca perkongsian Dr Nimelesh Balanthiren mengenai seorang pakcik berusia 60-an hidup sebatang kara seorang diri di kampung, sementara anak-anaknya yang sudah dewasa menetap di Kuala Lumpur.
Bila ditanya kenapa datang lambat dan tak minta anak hantar? Jawabnya, dia enggan menyusahkan anak-anak.
"PAKCIK, kenapa lambat hari ni?"
"Sorry doktor, takde kenderaan. Jadi atuk jalan sendiri hari ni. Tak sempat tumpang orang," jawab pakcik tersebut yang berumur dalam lingkungan 60-an.
"Jauhnya pakcik jalan! Mana anak pakcik? Kenapa tak suruh anak hantarkan?"
Dia jawab, "Anak semua dah pindah ke Kuala Lumpur. Mereka pulang bila waktu cuti sahaja. Isteri dah meninggal, jadi atuk ni tinggal berseorangan. Nasib baik ada jiran datang melawat sekali-sekala., tak lah rasa keseorangan".
Saya pun bertanya, "Kenapa pakcik tak nak pindah tinggal dengan anak?"
"Tak pernah mereka meminta atuk untuk datang tinggal dengan mereka. Maklumlah atuk ni dah tua, buat benda dengan lambat. Kalau salah sikit, anak akan marah. Atuk tak sanggup, atuk tak sanggup."
Air mata mula mengalir dari kelopak mata pakcik itu, membasahi pipinya. Pedihnya hati saya, sakitnya hati saya. terasa macam sebutir peluru baru sahaja menembusi dada.
Kes atuk ni bukannya kes pertama yang saya pernah jumpa. Banyak lagi orang tua yang mengalami nasbib yang sama dengan atuk ni. Ada yang anaknya doktor, peguam, cikgu.
Kenapa hal ini sering berlaku? Adakah kita ni sibuk mengejar dunia sehingga terlupa pasal orang tua kita?
Kita sangka ibu bapa kita rela untuk tinggal di kampung kerana mereka selesa. Tetapi sebenarnya tidak! Mereka sebenarnya tengah berbohong kerana mereka tidak ingin menyusahkan anak mereka sehingga akhir hayatnya.
Tolonglah jenguk mereka dengan kerap. Bukannya dengan menghantar cucu-cucu untuk mereka jaga. Bawalah mereka keluar, melancong. Kalau kita boleh buat trip ke Busan, Lombok, Osaka dengan kawan-kawan kia, kenapa kita tak boleh buat trip bersama dengan orang tua kita?
Masih ada lagi yang malu memegang tangan maknya semasa melintas jalan, tetapi tak tahu malu memegang tangan anak dara orang lain pula.
Jangan sesekali lupa pengorbanan ibu bapa anda. Betul kata orang, ibu bapa mampu menjaga 10 orang anak, 10 anak belum tentu menjaga seorang bapa atau ibu.
Jadilah anak yang mampu menghadiahkan pelangi indah untuk ibu bapanya. Walaupun pelangi hanya muncul selepas gerimis pulang. Asalkan kita dapat mewarnai hidupnya biarpun sedikit. Kerana kasih sayang seorang ibu atau bapa tidak akan mampu dibalas sehingga ke akhir usia.
Sumber: Dr Nimelesh Balanthiren
from The Reporter https://ift.tt/2WGJRCp
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment