Tinggal lagi sebulan nak mendirikan rumah tangga, namun kejadian yang tidak diduga pula yang menimpa bakal pengantin perempuan ini apabila muka dan badannya terkena air sup panas dari pressure cooker yang meletup secara tiba-tiba.
Mangsa, Siti Salmian, bagaimanapun tidak menyalahkan peralatan memasak tersebut, sebaliknya kecuaian dirinya yang tidak mengambil tahu tatacara penggunanya sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku.
Meskipun kini Siti sudah pulih, beliau mahu orang ramai mengambil iktibar dari kejadian yang menimpa dirinya itu. Malah menasihatkan orang ramai mencari maklumat di Google atau di YouTube agar kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.
TRAGEDI 20 Mac 2018. Dugaan sebulan lagi nak kahwin. Nampak mudah, tetapi sangat bahaya.
Nak cerita sikit apa sebenarnya yang terjadi. Okey, actually tiba-tiba hari itu tekak ini teringin sangat-sangat nak makan sup tulang. Kebetulan pergi TF supermarket, ternampaklah tulang-tulang itu, jadi memang terus grab.
Balik ke rumah seperti biasalah, saya masak nasi, siang apa yang patut untuk memasak menu ini. Beritahu pada mak, "Mak, adik nak makan sup tulang.".
"Nak kahwin kan? Kenalah belajar masak sup tulang," balas mak.
Selama hidup ini, buat kerja memasak tak pernah pun menggunakan periuk pressure cooker itu. Memang tak pernah langsung. Selalunya mak yang masak sup dan saya cuma intai-intai saja di dapur. Nampak tak betapa rajinnya hari itu pergilah ke dapur dan masak semua.
Saya pun rebuslah tulang-tulang daging lembu itu dalam pressure cooker seperti biasa. Punyalah bongok sangat diri ini, kita pun kunci periuk itu. dan tiba-tiba tak tahu macam mana, mungkin perut ini lapar sangat, pergilah ke dapur tengok periuk itu, usiklah pemegangnya. Entah macam mana sekali meletup habis kena satu muka dan badan.
Kebodohan diri saya sendiri sebab memang tak Google cara penggunaannya dan mujur saya pejamkan mata ketika kejadian itu. Kalau tak pejam, mungkin mata saya juga akan terkena sekali.
Masa kena sup panas itu, hanya Allah saja yang tahu betapa panasnya muka, tangan dan badan. Selepas kena, memang terus tadah muka ini dengan air yang mengalir. Itu pun sebab kakak saya ini jururawat. Dialah yang suruh letak tempat kena air panas itu di air yang mengalir sebab tak nak timbulnya gelembung-gelembung.
Yela, muka kan, lagi sebulan nak kahwin, siapa tak frust kan? Mak lagilah menangis tengok anak dia menjerit-jerit sambil mak berkata, "Kenapalah bukan mak yang masak hari ini.". Tak apalah mak, benda dah nak jadi, bukan saya boleh elak, ini semua dugaan dan tanda Allah sayangkan kita.
Masa kena itu terus terbayang macam mana seksanya api neraka sedangkan saya ini Allah baru uji dengan kena air panas sikit saja dah macam apa, Allahuakbar. Mujur doktor kata di bahagian muka kena gred 1 and 5% burn.
Hari pertama masa kena admit ward. Terpaksa jadi mumia kejap sebab muka masih rasa panas lagi. | Foto Siti Salmian |
Hari kedua selepas kejadian. Masa ini dah nak discharge | Foto Siti Salmian |
Hari keempat. Bangun-bangun pagi, kulit dan mula mengelupas sikit. | Foto Siti Salmian |
Hari keenam | Foto Siti Salmian |
Hari keenam | Foto Siti Salmian |
Hari kesepuluh. Dah boleh senyum sikit. | Foto Siti Salmian |
Hari kesebelas | Foto Siti Salmian |
Hari ketigabelas | Foto Siti Salmian |
Okey, ini gambar semalam selepas dua minggu. Alhamdulillah syukur, dalam proses skin repair lagi. | Foto Siti Salmian |
Gambar sumber Google. Periuk yang kena itu, tak tahu mak simpan di mana. |
Okey actually saya nak berpesan kepada semua orang tak kiralah lelaki atau perempuan, tua ada muda, tolong ambil iktibar dari apa yang berlaku kepada saya ini. Saya nak berpesan, sebelum nak beli atau nak menggunakan peralatan memasak itu tolong penuhkan ilmu di kepala otak anda terlebih dahulu.
Lebih baik cari maklumat di Google atau video di YouTube untuk tatacara penggunaannya. Jangan jadi seperti saya yang agak kurang pandai ini. Sedangkan zaman sekarang boleh Google hujung jari saja kan? Tapi langsung tak terlintas di kepala otak saya ini untuk Google dulu.
Yes, memang cepat empuk daging itu bila menggunakan pressure cooker. Tetapi sebaik-baiknya Google atau YouTube dulu sebelum menggunakannya. Kalau dah kena macam diri saya ini, menyesal pun tak guna. Biar lambat empuk, asalkan selamat.
Ya, orang boleh gelak saja bila tengok saya kena seperti ini. Tak semua orang boleh positif. Alhamdulillah saya dikelilingi kawan-kawan yang positif terutamanya dari keluarga dan encik tunang yang selalu memberi sokongan agar jangan berputus asa dan kecewa.
Ambil iktibar dari apa yang berlaku pada saya. Be positive. Periuk tak bersalah, yang salahnya adalah saya.
Sumber: Siti Salmian
from The Reporter https://ift.tt/2JdY3Mb
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment