Berang dan cemburu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain mendorong si isteri bertindak memukul kepala suaminya dengan tukul besi sebelum menggantung mayatnya di siling rumah, lapor Surya.co.id (via Harian Metro).
Suspek berusia 26 tahun itu terdahulu bertengkar dengan suaminya, Fendik Tri Oktasari, 27, di kediaman mereka di Sawah Gede, Kedurus, Karangpilang, Surabaya pada malam Jumaat lalu selepas perbuatan Fendik terbongkar.
Oleh kerana terlalu berang dan gagal mengawal diri, suspek mengambil tukul besi dan memukul kepala suaminya sebanyak dua kali sehingga menyebabkan mangssa tidak sedarkan diri.
Panik melihat keadaan mangsa, suspek kemudian menggantung Fendik dengan tali di atas siling ruang tamu bagi membuatkan mansgsa seolah-olah membunuh diri.
Difahamkan, ketika kejadian itu berlaku, dua anak mereka yang masih kecil tidur di dalam bilik dan tidak mendengar pergaduhan tersebut.
Ketua Polis Karangpilang, Noerjano berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas bedah siasat mendapati ada kesan kecederaan di kepala mangsa.
"Kepala mangsa tidak berdarah ketika dipukul dengan tukul besi, tetapi bedah siasat mendapati tempurung kepalanya pecah dan ada darah beku di dalamnya.
"Mangsa dipercayai mati akibat digantung oleh isterinya," katanya.
Suspek ketika disoal siasat mengaku telah memukul suaminya kerana berang mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.
"Ini bukan satu pembunuhan terancang kerana pergaduhan ini berpunca daripada api cemburu," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/2GvtDU8
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment