Home » , » 'Tiba-tiba pintu diketuk, dahlah tengah malam!' - Disebabkan 'benda' itulah arwah atuknya meninggal dunia

'Tiba-tiba pintu diketuk, dahlah tengah malam!' - Disebabkan 'benda' itulah arwah atuknya meninggal dunia

shamsulazlan | 06:17 | 0 comments

Tidak siapa menyangka kematian menjemputnya dengan cara begini. Meskipun kisah ini sudah berlalu, namun masih kuat di ingatan cucunya. Kerana 'penunggu' di sebalik tiang seri, arwah Atuk kepada  @sorayamnoor meninggal dunia. 

Dia juga tidak menyangka perubahan pada Atuknya adalah disebabkan oleh benda luar yang sudah menghuni tubuh Atuknya. Dia juga berasa sebak tatkala di hujung kematian arwah Atuknya, Atuk meminta benda tersebut dibuang terus dari tubuhnya agar cucu-cucunya tidak mewarisi apa yang telah dia dapat.

DULU arwah Atuk aku meninggal disebabkan 'benda' yang duduk kat tiang seri. Satu hari tu arwah 'terkencing' di pokok belakang rumah. Rupa-rupannya di situ adalah 'rumah' dia. Jadi arwah pada mulanya seperti biasa dan tidak ada perubahan. Tetapi satu hari tu, dia tidur macam biasa, kepalanya diletakkan berhampiran tiang seri itu. Tiba-tiba arwah seperti hilang akal. Waktu itu aku kecil lagi dan tidak tahu apa-apa dan aku memanggil bapa saudara aku. Dia juga penakut sama seperti aku. Jadi kami memanggil ibu aku.

Anak mata arwah asyik menghadap atas. Allahu.. tapi kami tak panggil ustaz lagi masa itu sebab arwah sekejap okay dan sekejap tak okay. Tiba-tiba, ada hamba Allah dari Jawa ketuk pintu rumah. Aku sangka hantu muncul waktu itu. Dahlah tengah malam! 

Jawa itu kata, dia tengah lalu kawasan kampung ni dan dia dapat rasa macam ada org sakit dalam rumah ni. Of courselah ada, Atuk akulah kan. Dia pun mula kan sesi 'bercakap' itu. Selepas dah bersilat apa semua,  Jawa itu cakap, 

"Jangan letak kepala dia sebelah tiang ini. Tiang ini tempat dia dan banyak yang bertenggek sebab itu mata dia tak lepas dari tiang ini."

'KAWAN ATUK'

Selepas itu, kami pun alihkan arwah jauh dari tiang seri itu untuk mengelakkan mata arwah pandang kat atas saja. Selama dua hingga tiga hari itu, arwah okay saja. Selepas itu tiba-tiba satu hari itu dia panggil aku.

"Kakak, pergi ke belakang kejap ada kawan Atuk nak bagi hadiah."

Aku pun bengap masa itu, aku pun pergi. Selepas pergi ke belakang rumah, baru aku tahu tidak ada siapa pun dan aku pun berlalu pergi dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

Aku beritahu pada Atuk, tidak ada orang di belakang.  Selepas itu dia suruh pergi sekali lagi, dia kata kawan dia tak jumpa aku. Aku pun takut dan malas nak layan. Aku duduk saja di ruang tamu depan dan mendiamkan diri. 

Di dalam masa lima minit macam tu, arwah panggil aku lagi. Aku pun pergilah. Aku baru  sahaja nak tipu dia kononnya aku dah pergi ke belakang untuk kali kedua. Tetapi dia dengan pantas cakap begini pada aku. 

"Kau tak pergi kan? kau duduk depan, kau ketawa kan aku? kau ingat aku tak tahu?? Kawan aku bagi tahu apa ko buat." 

Aku terkejut sehingga terkentut. Aku pun diam, malas nak cakap apa sebab nanti kalau salah cakap, benda itu pindah kat aku ke kan. 

MISTERI BATU TUJUH 

Selang beberapa hari itu si Jawa tu datang lagi. Waktu itu siang hari, dia bersilat macam biasa. Selepas itu dia pesan pada bapa saudara aku, suruh cari batu tujuh yang tersusun di dalam rumah. Dan boom! Batu itu tersusun elok di bilik Atuk. Kami pun tak tahu dari mana datangnya. 

Selepas itu, Jawa itu panggil aku. Dia tanya, ada terima apa-apa barang dari sesiapa tak. Aku pun ceritalah apa yang Atuk suruh aku buat hari itu. Dia pun cakap sebenarnya aku dah jemput yang lain masuk rumah. Jawa itu ambil batu itu dan terus dia buang. 

Tidak lama selepas itu, Atuk pun Alhamdulillah semakin okay. Tetapi ada dua ekor ini tak mahu melepaskan Atuk. Jawa kata, benda itu Islam sebab dia nak jaga Atuk. Tapi arwah Atuk meminta supaya benda itu dibuang kerana dia tidak mahu cucu-cucunya dapat apa yang dia dapat. Atas permintaan arwah, Jawa pun buang. Selang sehari dia buang, arwah pun meninggal dunia.

Sehari dua selepas arwah meninggal itu, adalah 'benda' itu datang mengacau tetapi kami buat tak tahu saja sebab tak mahu layan perasaaan.

Sumber: @sorayamnoor


from The Reporter http://ift.tt/2FxwUFU
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger