Baru saja dimuat naik sejam yang lalu, namun sokongan netizen terhadap usaha pengasas D'Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri yang mahu membantu isteri pertama Ude, Intan Liana Saleh, menerima pelbagai reaksi positif.
Dalam kenyataannya itu, Aliff Syukri berkata dia akan membantu Intan agar lebih yakin melalui kehidupannya di masa akan datang.
"Sabarlah, insyaAllah saya akan tolong awak okay? Sabar.
"Siapa sokong ibu ini, tolong komen di bawah (ruangan komen). Kalau ramai yang komen 'I sokong' lebih dari 1,000 orang, insyaAllah saya akan usahakan untuk beliau menjadi lebih yakin melalui kehidupan di masa hadapan," katanya.
Sementara itu, netizen turut memanjatkan rasa bersyukur kerana Aliff Syukri sudi membantu Intan yang dilaporkan bakal diceraikan oleh suaminya atas alasan sudah tiada hati untuk terus bersama.
"Alhamdulillah terima kasih Dato'. Saya sokong Dato' tolong dia. Murah rezeki Dato' menolong insan yang teraniaya," kata Siti Norasniza.
"Saya sokong, berikanlah dia rezeki untuk anak-anaknya dan dirinya. Amin," kata Eliza Hayati.
"I sokong sangat-sangat. Intan, awak mempunyai hati yang cantik. Jangan lemah tau, pasti ada yang terbaik untuk awak," kata Fiyya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan Intan bakal diceraikan oleh suaminya yang telah memfailkan permohonan cerai di mahkamah.
from The Reporter http://ift.tt/2FYnlwF
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment