Home » , » Terdengar bunyi tapak kaki di kaki lima, sedangkan nenek tengah tidur' - Sejak susuknya dibuang, keluarga ini banyak menerima gangguan

Terdengar bunyi tapak kaki di kaki lima, sedangkan nenek tengah tidur' - Sejak susuknya dibuang, keluarga ini banyak menerima gangguan

shamsulazlan | 08:22 | 0 comments

Hai min, sorry lambat. Okey min, ini cerita yang saya janjikan. Tetapi min, serius tolong jangan mention nama saya okey. Cerita ini memang isu sensitif dalam keluarga saya. Kalau ada yang terbaca itu, hahaha! Lantaklah. Yang penting diorang tak tahu siapa. Okey min! TQ!

Aku cerita background dulu eh. Kejadian ini berlaku selepas aku habis SPM sebab masa ini rumah aku belum renovate. Arwah nenek aku masa dia meninggal, umur dia ikut IC 92 tahun dan sepanjang arwah masih hidup, memang dia tinggal dengan keluarga aku. Kalau dia pergi ke rumah anak-anaknya yang lain pun setakat satu minggu saja paling lama dan mesti balik semula ke rumah keluarga aku. 

Nenek aku ini gentle la weh, memang kuat. Badan tegap walaupun orangnya kecil saja. Serius aku tengok kawan-kawan nenek aku, ramai yang dah arwah dan lemah duduk di rumah saja. Tetapi nenek aku boleh merayap satu kampung, siap ada hobi menjathi kain-kain balance buat baju itu. Dia jahit buat selimut. 

Satu benda yang kau kena tahu tentang dia. Dia adalah seorang yang tidak pernah tinggalkan solat. Selama dia hidup, solat lima waktu dia tak pernah tinggal.

Okey, done background. Sekarang aku nak mula bercerita. Aku ini sebenarnya budak asrama sejak dari F1-F4. Tetapi F5, aku pindah sekolah dan tinggal dengan ibu bapa. Kakak aku pada masa ini sambung study. Adik beradik yang lain ada di asrama. Jadi memang aku sajalah yang ada di rumah sebab aku tak tinggal di asrama. 

Ceritanya bermula apabila aku terdengar mak dan ayah aku berbincang tentang nenek aku ini ada pakai susuk. Aku macam tak percaya sebab nenek aku jenis sembahyang tak tinggal kot? Dia dengar saja laungan azan, memang terus pergi ambil wuduk tanpa berlengah. Okey, memang pemikiran aku budak-budak masa itu. Yelah, budak F5, tahun 2002, aku rasa aku tak adalah matang sangat nak fikir tentang benda-benda susuk ini semua. 

Kemudian makcik aku datang rumah beritahu mak dia ini memang confirm ada pakai susuk. Makcik aku ini adalah adik kepada ayah aku. Sebabnya, kawan nenek aku yang sama-sama pakai susuk itu beritahu makcik aku ini. Kawan nenek aku sendiri yang beritahu diorang sama-sama pakai susuk. 

Gila kau, menggelupur makcik aku cerita semua itu pada ayah aku dan diorang merancang nak buang susuk ini tanpa pengetahuan nenek aku. Masa itu aku selalu bertanya pada mak dah buang ke belum sebab pada pemikiran aku, aku fikir orang pakai susuk ini cantik. Bila dah buang, muka akan jadi hodoh. 

Tetapi aku silap, nenek aku pakai susuk bukan untuk cantik. Nenek pakai susuk kuat, tak hairanlah dia boleh merayap satu kampung, berjalan tegap, solat tanpa bantuan kerusi. Wei, serius nenek aku kuat tak macam nenek. Dia cuma ada satu penyakit saja iaiatu darah tinggi. Itupun dia makan ubat tepat pada masanya, sangat berdisiplin. 

Okey, aku pendekkan cerita. Susuk sudah dibuang. Macam mana cara buang? Kalau tak silap aku di mana dia pakai, di situlah dia buang sebab orang yang pakai itu kan masih hidup. Gila gais! 

Okey, selepas seminggu sudah berlalu, aku tengok keadaan nenek aku masih sama, masih kuat dan dia masih tidak tahu yang susuk dia sudah dibuang. Menurut mak aku, nenek aku pakai susuk kuat untuk tujuan apa pun tak tahu. 

Masuk saja minggu kedua, you know what? Jeng! Jeng! Jeng! Nenek dah mula sakit dan lemah badan. Hoi! Meremang sial cerita pasal benda ni. Sebab aku yang menghadapnya okey! Sebab aku yang ada di rumah sepanjang masa.

Okey, perkara pertama yang berlaku dia macam tak tentu arah. Macam asyik berlegar-legar dalam rumah. Macam ada sesuatu yang tak kena. Okey, nenek aku ini adap akai cincin. Badan diam emang berselirat dengan emas. Ada gelang, rantai, cincin dan cincin saja ada dua tiga. Aku tak ingat. 

Tetapi pada hari kejadian ini, cincin yang dia pakai hanya ada satu. Masa ini aku dengan dia tengah tengok tv dalam waktu petang atau tengah hari, tak berapa ingat. Tetapi waktu itu waktu siang dan cuaca panas. 

Di sebelah tv aku ada tingkap jenis cermin satu-satu itu. Okey, serius seram. Tiba-tiba nenek aku bergelut dengan jari sendiri. Aku masa ini tak fikir apa-apa sebab aku cuma fikir dia kan macam dah tak betul sikit. Dia punya bergelut itu seolah-olah ada orang yang cuba merampas cincin dia. 

Eee! Siallah! Aku depan dia wei tetapi dia tak pedulikan aku. Aku perhati saja tanpa buat apa-apa mahupun bertanya apa-apa. Mak pula masa itu tengah memasak. Sampailah cincin dia terpelanting 'ting ting ting' haaa! Siap bunyi effect aku buat. Jauh cincin dia terpelanting dan dia kata ada budak ambil cincin dia. Dia keluar ikut tingkap! 

Weii! Aku terus lari lintang pukang pergi dapur dan jerit panggil mak aku. Kemudian dari dapur aku dengan mak berlari ke tv itu. Kau tahu, nenek aku dah hilang!! Dia di ruang tamu depan di tingkap depan pula. Dia cakap budak itu keluar ikut tingkap situ. 

Eyy syaitonnn! Aku tak habis fikir sampai sekarang ada hantu waktu siang ke atau sekadar imaginasi nenek je? Tetapi serius nenek aku bukan jenis nyanyuk atau pelupa. Apatah lagi nak berdrama macam tu. 

Dua minggu berlalu, nenek semakin lemah. Dari katil dalam bilik, dia dah beralih ke katil di ruang tamu. Kitorang pindahkan dia sebab takut apa-apa terjadi dalam bilik, tak dengar. Okey, masa ini dia masih boleh bangun pergi tandas. Actually mak aku pakaikan dia pampers tetapi dia menolak sekeras-kerasnya. Mak aku sabar sangat-sangat dengan perangai nenek dan tak pernah mengeluh sampailah ke akhir hayat nenek aku. 

Malam kejadian kedua ini, mak aku ikutkan sajalah nenek tak nak pakai pampers. Kau tahu, dia boleh jatuh semasa dalam perjalanan ke tandas. Dia tak sempat pergi tandas, dia terjatuh di pintu nak masuk ke tandas. Okey, bermulalah episod bed rest sampailah dia betul-betul nazak. 

Nenek dah tak duduk di katil, dia tidur di tilam. Bawa turun tilam ke lantai sebab mak aku tak nak dia jatuh katil pula. Masa ini semua adik beradik aku dah takut nak duduk di rumah. Habis aku? Kena juga hadap, takkan tiba-tiba aku nak masuk asrama balik doh?

Sepanjang nenek dah berada dalam keadaan lemah, makan pun bubur saja dan bersuap. hampir setiap masa kitorang terdengar bunyi tapak kaki dia di kaki lima. Ee, sumpah seram weh! Sebab kau nampak depan mata dia tidur, tapi kau dengar tapak kaki di di luar. TF?!! 


Untuk pengetahuan korang, nenek jenis berjalan seret selipar. Kitorang satu rumah memang tahu sangat-sangat cara jalan dia sebab nenek ini mulut dia boleh tahan juga. Kalau aku tengah mengumpat nenek dengan adik beradik aku, bila kitorang dengar dia berjalan, kitorang akan lari. Hahahaha! So, kau faham tak bunyi tapak kaki dia itu memang kitorang dah hafal dan macam biasa bunyi tapak kaki ini di waktu siang pun ada. 

Disebabkan kejadian ini, aku sampai sekarang percaya di waktu siang pun ada syaiton laknat dan aku jadi penakut. 

Kejadian ketiga, ayah aku asyik terdengar nenek panggil dia. Lama kelamaan ayah pun fed up sebab benda ini siang pun terjadi, apatah lagi pada waktu malam. Ayah dah mula rasa rimas bila kitorang adik beradik dah jadi penakut. 

Okey, satu lagi scene yang aku rasa betul-betul fed up juga. Aku dulu sebelum nenek jatuh sakit, aku dengan adik aku tidur dengan dia bersama-sama. Dia ni jenis berdisiplin orangnya. Jam 9 malam, wajib tidur. Aku biasalah, student kot. Setiap kali naik atas katil dia akan menyirap dengan aku sebab katil bergoyang-goyang bila aku naik. 


Tapi macam biasa, telinga aku dah tebal dengar bebelan dia. Tetapi sekarang ini, masalahnya bila nenek aku dah tidur di tilam di luar, aku dalam bilik. Sekarang ini katil aku pula yang bergoyang-goyang. Tak menggelupur aku dengan adik aku berambus dari bilik itu. Siap rasa doh ada orang naik atas katil dan parking sebelah kau. Eee!

Masa ini ayah dah tak boleh nak kata apa sebab ayah pun merasa benda yang sama, gangguan-gangguan lain. Jadi dia redha sajalah rumah dah jadi huru hara disebabkan hal ini. 

Aku pendekkan lagi cerita ini. Nenek aku dah meninggal, kira-kira sebulan selepas susuknya dibuang. Alhamdulillah tak ada nak Mastika sangat semasa urusan pengebumian. Alhamdulillah semuanya lancar. TIba-tiba aku rasa berdosa pula nak kongsi cerita ini. Ah! Sudah?! 

Okey, sambung. Disebabkan gangguan-gangguan seperti bunyi tapak kaki, suara nenek memanggil-manggil, katil bergoyang-goyang, ayah aku panggil seorang ustaz ini datang ke rumah. Ustaz beritahu saka nenek aku merayap, tak ada orang layan dia. Allahuakbar! Wei, aku lagi sanggup duduk di hostel doh! Hwat is this?! Saka kot? Siapa nak bela?! Ayah aku bukan jenis ambil tahu benda-benda macam ini. Memang kitorang anti gila, okey! 


Kesimpulannya, aku tak tahu sejauh mana kebenaran tentang saka itu. Tetapi aku bersyukur sangat kalau betullah nenek aku ada pakai susuk, aku berdoa sangat-sangat benda ini sudah berakhir sebelum dia meninggal dan aku percaya dia bersih suci semasa dia pergi. Muka dia memang tenang dan ustazah yang memandikan dan mengkafankan dia kata pada kitorang, badan nenek lembut sangat-sangat semasa diuruskan. 

Yang tolong angkat jenazah arwah ke tanah perkuburan pun kata arwah ringan sangat. Alhamdulillah. 

Tolong sedekahkan Al-Fatihah kepada nenek aku. Aku memang tak boleh nak share nama. Jadi korang sedekahkanlah Al-Fatihah kepada sesiapa yang telah pergi. Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian aku tentang susuk.

Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com


from The Reporter http://ift.tt/2HF1qdC
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger