Home » , » Terbuat tatu kening tebal, wanita terpaksa tanggung malu

Terbuat tatu kening tebal, wanita terpaksa tanggung malu

shamsulazlan | 07:23 | 0 comments

Gara-gara mendapatkan perkhidmatan membuat tatu dari kedai cikai dan tidak mempunyai pengalaman serta kemahiran dalam membuat tatu, wanita berusia lingkungan 30'an dari Bangkok, Thailand ini terpaksa menanggung malu, lapor The Star

Kejadian yang menimpa Kanyarat Dew Chaichan itu dikongsi oleh artis tatu, Vilailak Nan Sundantom di mana beliau telah membantu menyelesaikan masalah wanita malang itu. 

Kanyarat bernasib baik kerana bertemu dengan Vilailak yang sudi membantunya tanpa mengenakan sebarang bayaran. 

Vilailak memuat naik klip video di mana beliau telah membantu membuang tatu tersebut pada 21 Mac, dan dalam masa yang sama memberi peringatan kepada wanita di luar sana agar memilih kedai tatu yang berkualiti jika mahu hasil yang memuaskan hati. 



Post itu kemudian dikongsi semula oleh Kanyarat di Facebooknya. 

Difahamkan, Kanyarat pada awalnya meminta bantuan dari Vilailak untuk membuang tatu di keningnya itu. Namun dia tidak mampu mencari duit sebanyak 200 Baht (RM25) bagi menampung kos perjalanan ke kedai Vilailak. 

Katanya lagi, walaupun dia teringin mahu memperbetulkan semula keningnya itu, dia terpaksa menerima takdir yang dia akan hidup dengan kening hodoh seperti itu seumur hidupnya. 

Terasa sedih dan bersimpati dengan nasib wanita itu, Vilailak kemudian menawarkan diri untuk membantunya secara percuma pada 20 Mac. 



Menurut Vilailak, kebiasaannya dia akan mengenakan caj antara 30,000 ke 50,000 Baht (RM3,666-RM6,278) untuk menjalani proses tersebut. 

Di media sosial, netizen berterima kasih dan memuji kemuliaan hati Vilailak yang sudi membantu wanita malang itu tanpa mengenakan sebarang bayaran. 


from The Reporter http://ift.tt/2INQ2gC
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger