Baru saja diceraikan dengan talak satu pagi Khamis, namun bekas suami mendakwa hubungan mereka bermasalah sejak dua tahun lalu menimbulkan kehairanan pada Intan Liana Saleh, 33. Malah, Intan juga diminta untuk berhenti membuat drama air mata sehingga menyebabkan bekas suaminya dipandang negatif oleh netizen.
"Bagaimana timbul cerita hubungan kami bermasalah sejak dua tahun lalu sedangkan anak kedua baru berusia setahun?" soal Intan memetik kenyataannya yang mengulas mengenai dakwaan bekas suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid (Ude), 30, dari Berita Harian.
Intan mengakui dia terkejut dengan kenyataan bekas suami kepada media sebaik saja prosedur lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, selesai pagi tadi. Malah dia tidak tahu menahu pucuk pangkal komen yang dibuat oleh bekas suaminya itu.
"Saya pernah buat pengakuan reda untuk dimadukan selepas terbongkarnya perkahwinan bekas suami dengan pelakon, Izreen Azminda. Sekiranya benar Ude tidak bahagia dengan saya, adakah selama ini dia sekadar berlakon?
"Saya terkejut apabila faktor tidak bahagia itu dijadikan salah satu punca (perceraian). Terpulanglah kepada mereka di luar untuk menghakimi sendiri situasi ini," katanya.
Lapor Berita Harian, Ude mendakwa Intan mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung masalah rumah tangga mereka. Pemuzik bebas itu juga mendakwa masalah rumah tangga mereka sudah lebih dua tahun berlarutan sebelum dia mengenali Izreen yang dinikahinya pada Ogos lalu.
Walau bagaimanapun, Intan tidak berniat membuka aib sesiapa mengenai komen yang dibuat oleh bekas suaminya. Namun terpanggil untuk membuat kenyataan bagi memperbetulkan apa yang tidak benar.
"Saya tidak berniat membuka aib sesiapa. Saya cuma terpanggil membuat kenyataan bagi membetulkan apa yang tidak benar. Saya juga terkilan apabila diminta berhenti membuat 'drama' dengan menggunakan air mata," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2FZttnr
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment