Home » , » 'Tadi ada 'orang' datang ke rumah nak berubat' - Satu rumah terdiam bila nenek aku kata begitu

'Tadi ada 'orang' datang ke rumah nak berubat' - Satu rumah terdiam bila nenek aku kata begitu

shamsulazlan | 04:57 | 0 comments

Kejadian yang menimpa keluarganya semasa kecil tidak mungkin boleh dilupakan semudah itu. Apatah lagi, benda luar tersebut masih mengganggu kehidupannya walaupun setelah beberapa tahun telah berlalu. Namun sebagai umat Islam, ayat suci Al-Quran terus dijadikan sebagai pendinding dirinya.

Kematian neneknya bukan kerana sakit, tetapi gara-gara perbuatan hantu atau dikenali sebagai Balan di kampungnya. Bukan sahaja neneknya diganggu, malah dirinya turut menjadi mangsa. Kebakaran yang berlaku di rumah neneknya menyebabkan warga emas terbabit melecur dan meninggal dunia. Orang kampung percaya, kebakaran tersebut adalah perbuatan balan tersebut.

AKU AKAN  cerita satu persatu. Sebelum aku mula, aku nak korang tahu yang aku tak boleh nampak semua, tapi "bila dia nak aku nampak, bila aku tak nak dia nampak". Aku akan mula dengan "Balan-Balan". 

Mak ayah aku berasal dari  Indonesia, jadi seperti biasa kami akan balik ke kampung bila menjelang Hari Raya atau ada saudara meninggal. 

Pada tahun 2009, ada empat orang ahli keluarga aku meninggal, ayah aku, nenek, datuk dan abang ipar aku. Tahun yang sangat sedih bagi aku, ketika itu umur aku 14 tahun. Kami balik kampung time tu setelah ayah aku meninggal, Nenek dan atuk aku pula meninggal duni disebabkan kebakaran. Habis satu rumah hangus dan kami malam itu tinggal di rumah ibu saudara. 

Kebiasaanya bila balik stay rumah nenek. Pada malam itu selepas pengebumian jenazah, aku dan adikku (Suraya dan April) tidur satu bilik. Mak aku tidur di luar dengan makcik yang lain. Yang lelaki macam biasa, berjaga. Memang dah adat kot.

Pada malam atuk meninggal, Pakcik aku ada beritahu mak aku, "Anak-anak kau jangan dibiar main dekat-dekat rumah ayah kau. Aku tak nak anak-anak kau pula jadi waris.". Mak aku mengangguk faham dan melarang kami bermain di rumah hangus nenek dan atuk. 

Tetapi, semasa hari terakhir kami di kampung, keesokan paginya kami balik ke Sarawak. Makcik aku ajak pergi ke pantai, kebetulan pula pantai berada tak jauh dari rumah nenek aku. Tapi kami ingat pesanan mak. Tak main pun dekat rumah itu, entah macam mana semasa kami leka bermain air pantai, Makcik aku menjerit suruh lari ke rumah Pak Su. (Pak Su tinggal selang tiga buah rumah dari rumah nenek).

Makcik aku berlari pantas membawa aku balik ke rumah Pak Su. Kelihatan muka Makcik aku pucat dan nadanya sangat cemas. Pak Su aku dari jauh nampak kami, dia pun segera sambut aku dan adik-adik aku dan melaungkan azan. Makcik aku pergi menyalakan api obor. Aku yang tercungap-cungap tanpa bertanya terus menjengah ke pintu semula. 

Rupa-rupanya ada satu kepala perempuan yang sedang melayang keliling rumah sambil bercakap-cakap. Aku tak tahu bahasa apa, kedengaran seperti bahasa Bugis. Aku nampak saja benda itu pandang aku balik sambil menjelirkan lidah dan terbang ke arah aku sebelum Pak Su memeluk aku sambil membaca ayat kursi. Aku pengsan seketika. 

Malam itu, Pakcik aku marah sangat pada  Makcik aku. Ada sekali itu dia kata, "Kalau salah seorang budak ini boleh nampak, waris itu datang kembali. Siapa nak jaga mereka nanti?!". Sudahlah rumah kami ada satu saja pelita. Pakcik mula  mundar-mandir sehinggakan api pelita mahu terpadam. 

Pada keesokkannya, Pak Su berjumpa dengan keluarga aku dan dia beritahu pada kami, 

"Seandainya kamu (aku) ada nampak lagi "balan-balan", jangan pandang atau tatap matanya. Baca ayat kursi dan sediakan air yassin dan kursi. Nanti aku berikan ubat-ubat yang lain." 

Mak dan Pak Su berbincang panjang  sebelum kami berangkat pulang ke Sarawak. Dalam perjalanan balik, di dalam kereta, Mak aku menceritakan asal usul 'balan-balan' yang datang semalam. Mak kata, menurut saksi kejadian, sewaktu rumah nenek aku hangus, ada peristiwa seram berlaku.

Semasa ketiadaan atuk, nenek aku sedang mengubati seorang wanita yang diganggu "Balan-balan" di rumah. Entah macam mana semasa proses berubat, tiba-tiba masa itu juga ada yang mahu bersalin. Jadi nenek aku dahulukan yang bersalin, manakala yang berubat tadi dibiarkan di rumah. Nenek aku pergi ke rumah wanita yang hendak bersalin itu tadi. Tanpa di sedari, nenek aku secara tak sengaja membiarkan seekor "balan-balan" berada di rumahnya. Rupanya wanita itu bukan sakit, sebenarnya dia adalah "balan-balan" itu.

Selesai sahaja nenek aku pergi menjadi bidan, dia memaklumkan kepada tuan rumah yang dia nak balik. 

"Tadi ada orang datang ke rumah nak berubat katanya dan di kacau balan-balan,".

Seisi rumah terdiam bila nenek aku kata begitu. Suami kepada yang bersalin tadi bertanya, "Nek Wan, siapa yang berubat? Perempuan yang berkemban selalu itu ke?” 

Nenek aku terkejut dari mana mereka tahu. Lelaki itu menceritakan pada nenek aku sebenarnya dia pernah nampak perempuan itu masuk hutan belakang rumah nenek dan masa itu juga isterinya nampak benda itu. Mereka syak makhluk itu adalah 'balan-balan' tersebut. 

Nenek aku apa lagi, terus balik rumah tetapi tidak menemui perempuan itu. Selain semua botol-botol tempat nenek aku simpan, ubat-ubatnya juga hancur. Pada bulan selepasnya, rumah nenek aku terbakar dan orang kampung kata itu adalah berpunca dari dapur. 

Orang kampung menjumpai nenek aku terdampar di depan rumah. Badannya hangus 30 %. Pada malam keesokkannya, nenek aku meninggal di hospital. Inalillah. (Al-Fatihah). Aku mula nampak semua benda ini selepas peristiwa 'balan-balan' ini. 

Aku sekarang  berumur 23 tahun, sampai sekarang baru nampak lagi kerap berbanding masa kecil dulu. 

Sumber: Aryus


from The Reporter http://ift.tt/2FHN0J3
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger